Tiada perubahan bagi kedudukan pedahulu Connor Liew Axel Kai dan Jamie Tan Huan Ying terus mengungguli carta kedudukan hari pertama kategori Lelaki dan Perempuan A, selepas tamat hari kedua sirkit kedua kejohanan golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak.

Connor bagaimanapun sedikit goyah di hari kedua apabila menutup saingan dengan catatan untuk meletakkan namanya di carta selaku pendahulu kategori lelaki A dengan catatan terkumpul selepas dua pusingan, 146 pukulan 2 di atas par.

Namun, Connor boleh menarik nafas lega kerana diibarat sudah sebelah kaki untuk mengesahkan slot ke saingan Grand Finale yang dijadual berlangsung pada Oktober nanti.

“Pukulan saya baik tetapi ada melakukan beberapa kesilapan seperti salah penggunaan kayu dan bermain lebih aggresif. Sembilan lubang pertama saya mencatat lima bogey.

“Saya sedikit gemuruh kerana ketika di Grand Finale pada tahun lalu, saya tidak bermain dengan baik dan peluang kedua kali ini saya mahu bermain dengan lebih baik,”kata Connor.

Dikedudukan kedua, Ng LI Xin yang menutup hari kedua keseluruhan dengan 159 pukulan 15 di atas par manakala Brandon Wong Yi dan AK Muhd Zakwan Zaki Al Hakim berkongsi kedudukan ketiga dengan 160 pukulan 16 di atas par.

Saingan Perempuan A turut didominasi Jamie Tan Huan Ying yang mengekalkan kedudukan pendahulu dengan catatan terkumpul selepas tamat dua pusingan, 148 pukulan 4 di atas par.

Meskipun sudah sebelah kaki untuk berada dalam senarai ke Grand Finale, Jamie masih belum mahu merasa selesa sebaliknya memberi tumpuan pada hari terakhir.

“Hari ini saya lebih bertarung dengan diri sendiri kerana semalam kami bermain dengan pantas kerana berada di kumpulan pertama tetapi kali ini saya bermula di belakang dan sentiasa mengingatkan diri untuk bertenang.

“Maish belum selesa kerana permainan masih belum tamat kerana masih ada perlawanan lagi pada esok.,” kata Jamie.

Ngo Yi Belle masih berpeluang untuk memintas pada hari terakhir esok kerana hanya dibezakan 7 pukulan selepas menutup dua pusingan dengan catatan 155 pukulan 11 di atas par.

Seramai 64 pemain golf remaja di antara usia 13 hingga 18 tahun berkampung di di kelab Golf Eastwood Valley, Miri, Sarawak.

Bagi sirkit kedua 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia 2025, 10 pemain terbaik akan disenarai untuk berada dalam senarai 40 pemain negara yang akan beraksi dengan pemain pemain remaja dari serata dunia di Grand Finale Golf Remaja Antarabangsa bagi tahun ini.

Tiga sirkit dipertandingkan untuk mengenalpasti 40 pemain tersebut dimana Sirkit Pertama telah berlangsung di Kelab Golf Templer, Rawang dari 6 hingga 8 Jun lalu yang menyaksikan 10 pemain telah disenarai ke Grand Finale.


Manakala sirkit kedua berlangsung dari 24-26 Jun di kelab Golf Eastwood Valley,Miri, Sarawak dan sirkit ketiga pula akan diadakan di kelab golf Glenmarie, Subang pada 8-10 Julai nanti.
Aksi Grand Finale Kejohanan Antarabangsa pula dijadual berlangsung pada Oktober depan di Kelab Golf Kota Permai, Kota Damansara.

Kedudukan pemain selepas hari kedua, 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia 2025

Lelaki A

CONNOR LIEW AXEL KAI 72 74 146
NG LI XIN 82 77 159
BRANDON WONG YI 84 76 160
AK MUHAMMAD ZAKWAN B PG HJ ZAKI AL HAKIM 82 78 160
BRAYDEN YEE ANG WEE 92 96 188

Perempuan A

JAMIE TAN HUAN YING 73 75 148
NGO YI BELLE 78 77 155
ABIGAIL KEDUNG PEARSON 80 81 161
PRISCILLA MOH XIAN XIEN 84 85 169
LIVIA LAU KIEW LIN 89 83 172

- Advertisement -