Litar Tangkak sepanjang 1.025km menjadi milik Ahmad Afif Amran minggu ini apabila pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing tersebut berjaya merakam kemenangan berganda dalam kategori CP150 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship.

Sehari selepas kemenangan pertamanya musim ini dalam persaingan Pusingan 7, Afif meneruskan persembahan yang menakjubkan apabila berjaya merakam kemenangan kedua musim ini.

Perlumbaan bermula dengan dua pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Akid Aziz and Mohd Muzakkir Mohamed meluru ke holeshot. Akid yang memulakan perlumbaan dari petak pertama, mendahului perlumbaan selama empat lap tetapi dipintas oleh Afif pada lap kelima.

Rentak perlumbaan Afif yang begitu rapi dan defensif menyukarkan usaha Akid untuk merampas kembali posisi pertama perlumbaan. Kelajuan motosikal pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing membolehkan Afif merakam lap rekod baharu di Litar Tangkak pada lap ke-19, iaitu catatan masa 43.551 saat. Catatan masa ini memadamkan rekod lama yang juga dipegang oleh Afif, iaitu catatan masa 43.595s.

Kemenangan kedua musim 2021 Afif dicatat dengan catatan masa 14’42.762s. Mohd Akid Aziz pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 14’44.040s. Rakan sepasukan Afif, Mohd Aiman Tahiruddin, turut menceriakan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing apabila melepasi garisan penamat di tempat ketiga dengan catatan masa 14’52.908s.

“Pasukan kami telah bertungkus-lumus selama dua minggu membuat persiapan untuk menghadapi pusingan ini. Kami amat bersyukur bahawa kerja keras kami kini telah membuahkan hasil,” kata Afif.

Dengan dua kemenangan Afif dari persaingan Pusingan 7 dan 8 di Litar Tangkak, saingan untuk bergelar Juara CP150 musim 2021 semakin rancak. Hanya empat mata kejuaraan memisahkan Afif di tangga kedua dengan Azroy yang mendahului dengan 125 mata.

Dalam kategori CP125, Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team turut meraikan kemenangan berganda apabila menjuarai perlumbaan Pusingan 8 dengan catatan masa 11’41.155s. Tempat kedua dimenangi pendahulu kejuaraan, Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team manakala Mohd Firdaus Hamdan menghadiahkan podium ketiga kepada pasukan Moto1Koyoko Honda KC Racing Team.

Dalam kategori Wira pula, Mohd Irfan Haykal Amidi dari pasukan Moto1 Koyoko Honda KC Racing menamatkan persainngan Pusingan 7 dan 8 dengan nada yang positif. Pelumba cilik Honda tersebut selesa menjuarai perlumbaan Pusingan 8 dengan catatan masa 9’26.923s.

Pusingan 9 dan 10 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2021 akan berlangsung di Litar Selatan Sepang dari 17 hingga 19hb Disember.

CP150 ROUND 8 RESULTS

1. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 14’42.762s

2. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 14’44.040s

3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 14’52.908s

CP150 RIDER STANDINGS AFTER ROUND 8

1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 125 pts

2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 121 pts

3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 106 pts

CP125 ROUND 8 RESULTS

1. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’41.155s

2. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’42.288s

3. Mohd Firdaus Mohd Hamdan (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing), 11’42.730s

CP125 RIDER STANDINGS AFTER ROUND 8

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 150 pts

2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 118 pts

3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 109 pts

WIRA KBS ROUND 8 RESULTS

1. Mohd Irfan Haykhal Amidi (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 9’26.923s

2. Mohd Adam Haikal Jahar (Yamaha, Wiramuda V-Fiertech Academy Racing), 9’28.925s

3. Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 9’32.949s

WIRA KBS RIDER STANDINGS AFTER ROUND 8

1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 113 pts

2. Danial Johan (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 104 pts

3. Mohd Irfan Haykhal Amidi (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 100 pts

- Advertisement -