2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship Teluk Intan - After the storm-002

Malaysian Cub Prix Championship logoKejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan kembali ke Teluk Intan, Perak, daerah yang terkenal dengan bangunan ikonik menara condong, 11 bulan selepas insiden hujan lebat dan ribut yang melanda sehingga perlumbaan terpaksa dibatalkan pada musim 2015 pada 30 dan 31 Julai ini.

Selepas berehat sepanjang bulan Ramadan dan sambutan hari raya Aidil Fitri, kerancakan saingan kini akan kembali di mana pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor dijangkakan akan meneruskan dominasi mereka di dalam kelas CP130.

2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship Teluk Intan - After the storm-001

 

Gandingan juara dua kali kelas perdana, Ahmad Fazli Sham dan pelumba muda sensasi, Kasma Daniel Kasmayudin kini 30 mata mendahului kedudukan keseluruhan pelumba manakala dalam kelas CP115, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffiruddin menguasai kedudukan dengan kelebihan 19 mata berbanding pencabar di kedudukan kedua.

2016 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship Teluk Intan - CP130 -Kasma Daniel Kasmayuddin vs Ahmad Fazli Sham-001

“Teluk Intan merupakan antara lokasi yang popular dikalangan peminat Cub Prix kerana merupakan satu-satunya perlumbaan yang dijalankan di tengah bandar. Malangnya, perlumbaan akhir musim lepas terpaksa dibatalkan disebabkan kejadian ribut dan mujurlah kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Tahun ini pasukan, pelumba dan pihak penganjur berharap cuaca yang baik sewaktu perlumbaan,” jelas Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan.

- Advertisement -