Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bersambung dengan pusingan 7 dan 8 bakal berlangsung di Litar Tangkak dari 5 hingga 7 November ini. Setelah lebih kurang sebulan berehat, para pelumba dan pasukan bakal berdepan dengan keadaan yang agak tidak menentu di litar sepanjang 1.025km itu.

Beraksi di atas litar yang basah dan licin, Mohd Iqbal Amri dari pasukan Yamaha GenBlue AHM Motorsports membuat kejutan apabila berjaya mencatat masa terpantas CP150, 45.589s. Pencapaian ini merupakan kali pertama pelumba pasukan Yamaha GenBlue AHM Motorsports tersebut mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan CP150 musim ini.

Iqbal Amri sendiri menyatakan bahawa dia turut terkejut dengan keputusan demikian.

“Walaupun hujan tidaklah selebat yang disangka, tetapi keadaan litar amat licin. Sebenarnya, saya hanya memberi tumpuan kepada cara tunggangan saya sendiri sahaja dan tidak pernah terlintas dalam fikiran yang pelumba-pelumba lain, terutamanya mereka yang sedang mendahului kejuaraan, akan turut menggunakan strategi yang begitu konservatif,” jelas Iqbal.

Berbekalkan keputusan dari sesi kelayakan ini, Iqbal Amri yang kini berada di tangga ke-16 keseluruhan, akan bersiap sedia untuk menyertai sesi SuperPole CP150 untuk kali ketiga musim ini.

Pemenang Pusingan 6 di Terengganu, Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, mencatat masa kedua terpantas dengan 45.592s diikuti pendahulu kejuaraan Azroy Hakeem Anuar dengan 45.741s.

Dalam kategori CP125 pula, pendahulu kejuaraan, Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang berjaya menguasai sesi kelayakan dengan catatan masa terpantas 48.336s. Manakala dalam kategori Wira, Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team mengungguli sesi kelayakan kategori bawah-17 tersebut dengan catatan masa 50.070s.

CP150 QUALIFYING RESULTS

1. Mohd Iqbal Amri Abdul Malek (Yamaha, Yamaha GenBlu AHM Motorsports), 45.589s

2. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 45.592s

3. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 45.741s

4. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 46.005s

5. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 46.010s

CP125 QUALIFYING RESULTS

1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 48.336s

2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 48.513s

3. Ahmad Syukran Aizat (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 48.720s

4. Mohd Harith Farhan Baharin (Yamaha, Tuneboss Pink Racing), 48.845s

5. Mohd Haziq Mohd Hamzan (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 48.904s

WIRA QUALIFYING RESULTS

1. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 50.070s

2. Mohd Farid Hakimi Farid Sezli (Honda, Idemitsu DFZ Yam Honda Racing), 50.100s

3. Mohd Idlan Haqimi Raduan (Honda, Idemitsu DFZ Yam Honda Racing), 50.394s

- Advertisement -