Md Syafieq Aiman Fauzi; pelumba Elf Koyoko KC Racing bagi kategori Wira.

Md Syafieq Aiman Fauzi dilihat mampu untuk menjadi pencabar utama dan melakar kejutan dalam kategori Wira pada perlumbaan pusingan keenam yang akan berlangsung di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka, 5 dan 6 Ogos ini terutama selepas dua penamat podium pada perlumbaan lepas.

Nama pelumba Elf Koyoko KC Racing itu sebelum ini kurang diberi perhatian berbanding pelumba-pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) dan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) namun selepas lima pusingan, Syafieq kini telah meraih dua podium sebagai naib juara pada Pusingan 4 (Teluk Intan) dan Pusingan 5 (MAEPS) serta dua kedudukan keempat pada dua pusingan pertama musim 2017.

Ketika ini Syafieq menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan 62 mata, berkongsi mata bersama Saiful Azhary Muhamad, 24 mata di belakang pendahulu, Md Aiman Tahiruddin yang mengumpul 86 mata.

“Tahun ini merupakan tahun ketiga saya dalam kategori Wira, banyak pengalaman yang telah dipelajari sepanjang dua tahun lepas. Prestasi pasukan juga semakin baik dan mereka telah menyediakan jentera yang berdaya saing,” jelas pelumba berusia 16 tahun itu.

Tambahnya, “Walaupun telah meraih dua podium, saya selesa bergelar pelumba ‘underdog’ memandangkan Aiman dan Saiful lebih menjadi perhatian untuk mengejar gelaran keseluruhan. Strategi saya hanyalah memberikan aksi terbaik dan cuba untuk memenangi perlumbaan dahulu.”

 

SYAFIEQ AIMAN STILL PREFERS TO BE THE UNDERDOG
Mohd Syafieq Aiman Fauzi could possibly be the dark horse in the Wira category as the clock counts down to Round 6 of the 2017 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship in Jasin, Melaka this weekend.

While much of the focus and attention in the class had been centred on the ongoing battle between team PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech and Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, Syafieq had successfully brought in two consecutive podium finishes in Round 4 (Teluk Intan) and Round 5 (MAEPS).

The Elf Koyoko KC Racing rider is now third overall in the Wira rankings with 62 points, 24 points behind championship leader, Mohd Aiman Tahiruddin.

However, the 16-year-old still prefers to race under the radar. “I’m more comfortable being the underdog in the Wira category. Let the leaders deal with the performance pressure. I would rather race without a target on my back,” he said.

- Advertisement -