Mariam Metwally
Mariam Metwally

Oleh Ku Mohd Lufti

Nasib berbeza buat seorang lagi wakil Negara, Delia Arnold di kejohanan Skuasy Wanita Dunia apabila mengatasi cabaran pemain dari pusingan kelayakan dari Mesir, Mariam Metwally.

Delia mendahului 6-3 pada satu ketika, namun kesilapannya member ruang kepada Mariam untuk mengikat kedudukan 6 sama.

Set pertama semakin rancak apabila kedua dua pemain saling berkejaran mata sehingga kedudukan terikat 10 sama, namun Delia yang kembali tenang menguasai gelanggang sekaligus menang 12-10.

Senario berbeza dipamerkan Mariam apabila mengasak Delia untuk meraih kemenangan di set kedua 12-10.

Set ketiga, Mariam nyata tidak memberi ruang kepada lawannya untuk meraih mata menerusi drop shot yang sekali sekala mengelirukan Delia.

Namun, Delia yang menduduki ranking 15 dunia enggan mengalah dan bijak mencari ruang untuk meraih mata sehingga kedudukan terikat 10 sama sekaligus kembali mendahului saingan 2-1 dengan kemenangan 12-10.

Di set keempat, Mariam seakan akan kepenatan dan banyak melakukan kesilapan sekaligus ketinggalan 3-5 pada satu ketika.

Delia mengesahkan kemenangan 11-9 selepas bertarung selama 54 minit untuk mara ke pusingan kedua.

“Ini adalah perlawanan pertama saya dengan dia (Mariam Metwally).  Saya memang menjangkakan perlawanan yang sengit. Saya bermain baik diawal tetapi banyak melakukan kesilapan dan Mariam manfaatkannya untuk kejar kedudukan mata.”

Di pusingan kedua, Delia akan berdepan tugas sukar apabila berdepan seorang lagi pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy.

Diletak selaku pilihan keenam kejohanan, Omneya terdahulu menang ke atas pemain England, Emily Whitlock straight games, 11-5, 11-9, 11-7.

“Perlawanan dengan Omneya pastinya sukar tetapi saya akan cuba yang terbaik. Pukulan tidak menjadi ketika menentang Mariam dan saya mengharapkan pukulan saya lebih baik ketika bertemu Omneya nanti,” katanya lagi.

- Advertisement -