Negara Asia Barat dipilih sebagai tuan rumah Sukan Asia untuk 2 edisi berturut bagi tahun 2030 dan 2034.
Majlis Olimpik Asia mengumumkan pada Rabu, Doha dipilih sebagai tuan rumah Sukan Asia 2030, sementara Riyadh dipilih sebagai tuan rumah bagi tahun 2034.
Qatar sebelum ini, pernah mengajurkan Sukan Asia edisi ke-15 pada 2006, manakala bagi Arab Saudi, ini adalah julung kali sukan terulung Asia dianjurkan.
Pada April lalu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar, Sheikh Joaan bin Hamad Al Thani menyatakan hasrat sudah tiba masanya untuk Qatar kembali mengalukan kedatangan seluruh Asia ke negaranya menerusi bidaan untuk Sukan Asia.
Tambahnya, menerusi kerjasama erat ahli Olimpik Asia, Qatar berjanji menyediakan persekitaran terbaik untuk atlet memberi yang terbaik serta mendorong generasi muda masa depan di benua Asia.
Sehubungan itu, menurut pakar, penganjuran ini adalah penting bagi Qatar yang kini sedang giat menaikkan negara menerusi sukan selaras dengan visi negara tersebut.
Qatar juga bakal menganjurkan Piala Dunia FIFA pada tahun 2022. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -