Nozomi Okuhara

Oleh Ku Mohd Lufti

Penyingkiran pemain pilihan bagi kategori perseorangan wanita bermula di pusingan kedua Kejohanan Badminton Superseries Premier Terbuka Malaysia hari ini.

Pilihan ketujuh dari Korea Selatan Sung JI Hyun menjadi pemain pilihan yang pertama tersingkir selepas kecundang straight game ke atas pemain India, Pusarla V Sindhu.

Di atas kertas, Pusarla tampak memilik kelebihan berdasarkan lapan pertemuan sebelum ini.

Berdepan pemain rangking ke lapan dunia, Pusarla dipaksa bermain disegenap gelanggang, namun pemain berusia 20 tahun ini bijak menyerap asakan lawan.

Selepas bertarung selama 47 minit, Pusarla menang straight set 22-20, 21-17.

Seorang lagi pemain pilihan, Nozomi Okuhara turut mengikuti jejak Sung Ji Hyun apabila tewas kepada pemain Thailand, Porntip Buranaprasertsuk.

Pertemuan terakhir di Terbuka Korea September tahun lalu tidak begitu bernasib baik buat Porntip apabila tewas di pusingan pertama.

Porntip tidak diberi tentangan sengit untuk melakar kemenangan 21-12 di set pertama, namun dipaksa bermain sehingga ke mata penentuan sebelum melakar kemenangan 22-20 selepas beraksi selama 43 minit.

- Advertisement -