
Atlet menembak kebangsaan, Eddy Chew berazam menebus kekecewaanĀ terdahulu dengan menyasarkanĀ satuĀ pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19-30 Ogos ini.
Beliau yakin sasaranĀ itu mampu dicapai menerusiĀ keputusan positif yang dilakar dalam beberapa kejohananĀ tempatanĀ serta latihanĀ intensif selama 45 hariĀ bermulaĀ minggu depan bersama skuad kebangsaanĀ di Korea Selatan.
Sebagai rekod, penuntut tahunĀ dua jurusan Sains SukanĀ di Universiti Malaya itu gagal meraih kedudukan podium pada Sukan SEA 2015 di Singapura.
“Kejayaan untuk mendapat pingat emas itu bagaimanapun bergantung kepadaĀ persembahan saya pada hari pertandingan memandangkan tiada acaraĀ berpasukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2017,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuiĀ Bernama padaĀ hariĀ keempat Kejohanan Menembak Asia TenggaraĀ (SEASA)Ā ke-41 di LapangĀ Sasar Menembak Kebangsaan Subang, di siniĀ hari ini.
Mengulas lanjut, Chew berharap latihanĀ intensif di Korea SelatanĀ nanti dapatĀ membantunya memperbaiki catatan mata menjelang Sukan SEA nanti di mana beliau akan mengambil bahagian dalam dua acara iaitu 10m Air Pistol dan 50m Pistol Individu.
Beliau mengakui kehadiranĀ jurulatih dari Korea Selatan,Ā Park Sang-soon sejakĀ November tahun lepasĀ banyak membantuĀ meningkatkan prestasiĀ skuadĀ menembakĀ negara.
“Banyak perbezaan ketara dari segi corak latihan di bawah jurulatih dari Korea Selatan terutamanya dari segi teknik tembakan yang betul dan sebagainya dan saya berharapĀ banyak lagi input dapat saya perolehĀ di bawahĀ bimbingan beliau,” jelas Chew yang memburu kedudukan podium kali keduaĀ dalam acaraĀ kegemarannya, 10m Air Pistol pada SEASA, esok.
Beliau sebelum ini meraih emasĀ acaraĀ 50m Pistol BerpasukanĀ bersama gandingan Jonathan Wong Guanjie dan Choo Wen YanĀ pada hari kedua kejohanan, Sabtu lepas. – BERNAMA































