
Buruan emas Malaysia dalam acara beregu campuran terus menyala selepas pasangan negara, Edmund Teo/Boon Wei Ying, berjaya melepas cabaran suku akhir untuk ke separuh akhir, sekali gus memastikan kempen badminton negara terus hidup di Deaflympics Tokyo 2025.
Pasangan negara itu mempamerkan aksi tenang tetapi meyakinkan apabila menewaskan beregu Chinese Taipei, Cheng Chen Ding/Fan Jung-Yu, dengan keputusan 21â16, 21â11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 35 minit.
Kedua-dua mereka berjaya menguasai gelanggang menerusi permainan kemas sejak awal, selain memastikan komunikasi lancar, kesabaran taktikal serta disiplin yang berkesan hingga memaksa lawan akur.
Dengan kemenangan itu, Edmund dan Wei Ying kini bakal ,mengharungi cabaran lebih getir esok apabila berdepan beregu Korea, Shin Kyungduk/Park Min Kyeong, pada separuh akhir yang dijangka menguji ketahanan serta konsistensi mereka.
âKami memberikan yang terbaik hari ini dan mengekalkan komunikasi yang baik selain bermain dengan sabar. Paling penting adalah kekal tenang,â kata Edmund ketika mengulas kemenangan tersebut.
Bagi Wei Ying, yang sebelum itu amat kecewa selepas tersingkir dalam acara beregu wanita bersama pasangan Foo Zu Tung, kejayaan bersama Edmund itu menjadi suntikan semangat untuk bangkit lebih kuat.
âSaya sudah lupakan kekalahan itu. Fokus kami kini adalah memastikan kami mampu melangkah hingga ke podium dalam acara beregu campuran,â ujar Wei Ying, tekad memanfaatkan peluang terakhirnya.
Sebelum itu, pasangan beregu wanita negara Boon Wei Ying Foo Zu Tung gagal mengulangi kejayaan meraih emas pada 2022 apabila tewas kepada beregu China dalam dua set, 13â21, 8â21.
âKami sudah cuba sehabis baik, tetapi hari ini bukan rezeki kami,â kata Wei Ying, yang tetap komited mengalihkan fokus sepenuhnya kepada kempen beregu campuran.
Sementara itu, dalam acara boling tenpin, langkah Malaysia turut tersekat apabila Siw Sing Hie dan Siong Mui Hong gagal mara ke separuh akhir acara individu wanita selepas menamatkan saingan masing-masing di tempat keempat dan kelima dalam kumpulan.






























