Tiga jurulatih yang bernaung dibawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chin Eei Hui, Wong Pei Tty dan Rosman Razak, sah meninggalkan struktur kejurulatihan skuad kebangsaan.

BAM menerusi kenyataan media, kontrak Ee Hui dan Pei Tty sebagai jurulatih beregu wanita tidak disambung manakala Rosman, selaku jurulatih skuad beregu lelaki, meninggalkan skuad negara atas persetujuan bersama.

“Mereka kini sedang bercuti dan kontrak mereka akan tamat hujung bulan ini,” kata BAM.

“Semua di BAM mengucapkan terima kasih kepada Rosman, Eei Hui dan Pei Tty atas sumbangan mereka kepada pasukan kebangsaan dalam beberapa tahun ini dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” menurut kenyataan itu.

- Advertisement -