GP Singapura antara tiga perlumbaan dalam kalendar saingan Formula 1 yang terpaksa dibatalkan.

Ia susulan keadaan semasa pandemik Covid 19 yang sedang melanda negara itu dan terus merekodkan peningkatan kes.

Setakat ini, Singapura merekodkan lebih 40 000 kes jangkitan positif Covid 19 dengan 25 kematian dicatatkan.

GP Singapura dijadual berlangsung pada 20 September tidak dapat diteruskan kerana proses untuk mengubahsuai litar di kawasan bandar yang sepatutnya bermula pada Mei tidak dapat dijalankan.

Pemegang tiket boleh menghubungi penganjur untuk langkah seterusnya manakala mereka yang membeli tiket menerusi penjual tiket yang sah SGP, boleh menghubungi pihak berkenaan untuk bayaran balik

Selain Singapura, Azerbaijan dan Jepun turut sama memutuskan untuk tidak menganjurkan perlumbaan itu.

GP Azerbaijan yang ditunda berbanding tarikh asal, pada 7 Jun manakala GP Jepun yang dijadual berlangsung pada 11 Oktober di Litar Antarabangsa Suzuka juga dibatalkan susulan sekatan kemasukan orang luar ke negara itu.

FIA mengharapkan bagi musim 2020, sekurang kirangnya 18 perlumbaan dapat dianjurkan.

Setakat ini, lapan perlumbaan telah sah akan berlangsung dengan dua perlumbaan akan berlangsung di Austria pada 5 dan 12 Julai.

Sembilan lagi perlumbaan masih berada dalam status dipinda dan tarikh baru akan diumumkan kelak.

Ā 

 

 

 

 

- Advertisement -