‘Tindakan nakalā€™ segelintir penyokong Harimau Malaya nampaknya mengundang masalah kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ā 

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan badan induk itu dijangka dikenakan denda sebanyak AS$5,000 (RM21,000) oleh Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) gara-gara tindakan penyokong membaling bom asap ke trek Stadium Nasional sejurus tamat perlawanan antara Malaysia dan Myanmar pada 24 November lalu.

ā€œKita telah mendapat notis pertuduhan mengenai insiden tersebut dan telah membalasnya. Benda telah berlaku dan mahu tidak mahu kita perlu berhadapan dengannya.

ā€œKita sentiasa memberi kesedaran kepada penyokong agar tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana ini hanya membuang duit tanpa sebab. Kita berharap insiden ini tidak berulang lagi, ia jelas merugikan,ā€ ujar Stuart.

Selain pertuduhan itu, Stuart turut memaklumkan bahawa FAM dikenakan satu lagi pertuduhan oleh AFF berhubung isu keselamatan berikutan dakwaan beberapa penyokong Myanmar bahawa mereka diserang sekumpulan penyokong Malaysia selepas perlawanan tersebut yang dimenangi Harimau Malaya dengan keputusan 3-0.

ā€œKami sudah menerangkan keseluruhan pelan keselamatan bagi perlawanan itu kepada AFF. Rancangan pemisahan penyokong dalam perlawanan yang disaksikan 83,000 orang adalah berjaya.

ā€œKami juga ingin menegaskan tiada laporan polis atau bukti yang mengatakan peminat Malaysia memukul penyokong Myanmar kerana insiden itu berlaku di luar, di lebuh raya, berhampiran jalan utama di luar zon keselamatan yang ada pegawai polis bertugas. Jadi kita telah meminta pertuduhan itu dipertimbangkan kerana tiada bukti konkrit.

ā€œKami mengikuti perkembangan peminat yang cedera itu dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab terhadap laporan berkenaan untuk memastikan ia sudah dilihat dari sudut persatuan,ā€ katanya.

Keputusan bagi kedua-dua kes berkenaan dijangka diketahui hujung minggu depan.Ā  OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -