NS.melaka

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia FAM Datuk Hamidin Mohd Amin akan menunggu laporan daripada pegawai pertandingan susulan kekecohan oleh penyokong bagi perlawanan Liga Premier 2016 antara tuan rumah Melaka United dan Negeri Sembilan malam semalam.

Kekecohan bermula pada separuh masa kedua perlawanan apabila berlaku provokasi diantara kedua dua penyokong pasukan sehingga mencetuskan suasana tegang termasuk insiden balingan objek namun berjaya dileraikan pihak Polis.
“Saya belum boleh memberi komen kerana masih belum dapat laporan penuh daripada pegawai perlawanan tentang kes ini, selepas itu tindakan akan diambil sewajarnya. Pasukan tuan rumah dan pelawat akan dipanggil untuk memberikan penjelasan atau surat akan dihantar kepada pasukan bagi mendapatkan maklumat,” katanya.
Ketegangan bagaimanapun berterusan selepas tamat perlawanan dimana segelintir penyokong Melaka United menghalang penyokong pelawat untuk meninggalkan stadium.
Kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh BAdul Adziz Shaikh Abdullah, pihak polis mengadakan rundingan dengan penyokong Melaka United hampir 45 minit sebelum mereka bersurai kira kira jam 12.15 tengah malam tadi.
Perlawanan diantara Melaka United dan Negeri Sembilan berakhir dengan keputusan seri dua sama.
- Advertisement -