pgm.sime.darby

Pemain golf negara, Shaaban Hussin mendahului hari pertama golf jelajah PGM Tertutup Sime Darby Harvard di Kedah dengan catatan 66 pukulan 6 dibawah par.

Shaaban yang berjaya melepasi cut ketika menyertai Maybank Terbuka Malaysia hanya melakar bogey dilubang ke 17.
Kedudukan Shaaban bagaimanapun masih belum selesa kerana diekori rapat tiga pemain yang hanya ketinggalan satu pukulan, S Sivachandran, Kemarol Baharin dan Mohamad Zambri Sariff yang menutup hari pertama dengan 67 pukulan 5 dibawah par.
‘Kecederaan yang saya alami sebelum ini telahpun pulih dan masih ada kecederaan lain yang perlu di beri perhatian. Walaupun berjaya melepasi cut di Maybank Terbuka Malaysia dua minggu lalu, tetapi keputusan tidak seperti diharapkan. Saya harap tidak terlalu memikirkan kesakitan akibat kecederaan untuk cuba mengekalkan kedudukan terbaik sepanjang kejohanan ini.’ kata Shaaban Hussin.
Di tempat ketiga adalah Khor Kheng Wai yang menamatkan 18 lubang pertama dengan catatan 68 pukulan 4 dibawah par.
Manakala pemain yang baharu bergelar pro, Low Khai Jee juga mempamer aksi yang baik apabila berada di kedudukan keempat bersama sama 4 lagi pemain, Sukree Othman, Keegan Kam, M Sasidaran dan Muhammad Irfan Harraz.
Kejohanan golf jelajah PGM Tertutup Sime Darby Harvard berlangsung di kelab Golf Harvard, Bedong, Kedah bermula dari 2 hingga 5 Mac, menawarkan hadiah keseluruhan RM 180 000.
- Advertisement -