Sarawak United merupakan pasukan terbaru negara yang dijatuhi hukuman oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atas kegagalan membayar gaji bekas jurulatih mereka, Juan Carlos Margo berjumlah RM200,000.
Pasukan Liga Perdana itu ditampar dengan larangan perpindahan pemain untuk jendela Juanuari 2022 oleh FIFA.
Bekas jurulatih akar umbi Valencia United, telah dilantik sebagai jurulatih pasukan Sarawak United oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) musim lalu.
Namun, kontraknya ditamatkan setelah gagal memenuhi indeks prestasi utama dimana Sarawak United mengalamai tiga kekalahan berturut dalam pra-musim.
Presiden FAS, Datuk Posa Majais mengesahkan hukuman dari FIFA itu dan berkata pihaknya akan memohon untuk membayar separuh dari yang dikenanakan serta mengakui ia memberi satu pengajaran.
Beliau turut menjamin untuk melunaskan pembayaran itu sebelum larangan perpindahan itu dilaksanakan.
Selain larangan dari FIFA, Sarawak United turut dilanda masalah gaji pemain.
Pasukan itu didakwa pilih kasih dengan hanya membayar gaji kepada pemain kelahiran Sarawak manakala yang lain masih berhutang.
Namun, Posa menafikan tuduhan itu dan menjelaskan bahawa pihaknya hanya mampu melunaskan pembayaran gaji yang kecil kepada sebilangan pemain kelahiran Sarawak diantara RM2000-RM4000.
Manakala pemain yang bergaji tinggi dibayar separuh dari gaji penuh.
Dalam perkembangan sama, turut dilaporkan bahawa bekas pemain import Perak, Jeon Hyo Seok dari Korea Selatan telah membuat aduan kepada FIFA mengenai gaji yang didakwanya tidak dibayar sebanyak RM500,000. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -