Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Touch Kelab Asia pada 2007, 2008, 2012 dan 2013 di Taman Equestrian Putrajaya. Foto – Sukandaily
Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Touch Kelab Asia pada 2007, 2008, 2012 dan 2013 di Taman Equestrian Putrajaya. Foto – Sukandaily

Kehadiran warga ekspatriat di negara ini secara tidak lansung mempopularkan sukan Touch yang mula bertapak di negara ini sejak 90an. Sukan ini yang sering disalah anggap sebagai sukan ragbi walaupun corak permainan mirip kepada sukan berkenaan tetapi tidak sama sekali. Aksi-aksi sukan Touch ini seperti teknik menangkap & balingan bola dan corak larian sering disalah anggap sebagai sukan ragbi yang bernaung di bawah Kesatuan Ragbi(Rugby Union). Sukan Touch ini adalah dibawah kawal selian Federation of International Touch (FIT) yang telah ditubuhkan sejak 1985 dan kini dianggotai sebanyak 46 negara. Sukan Touch juga turut menganjurkan kejohanan bertaraf dunia yang diadakan setiap 4 tahun sekali.

Walaupun telah bertapak sekian lama di negara ini, akhirnya FIT Touch Malaysia berjaya ditubuhkan dan telah berdaftar dengan Persuruhjaya Sukan Malaysia pada 2007. Sebelum itu persatuan sukan ini telah mendaftarkan nama sebagai Touch Fooball Malaysia sebelum menukarkan dengan nama FIT Touch Malaysia pada 2012. Sejak itu, FIT Touch Malaysia giat melakukan program pembangunan dan beberapa kejohanan yang komprehensif di samping menghantar beberapa para pemain & pegawai sukan ini ke luar negara untuk beberapa siri kursus. Selain itu di peringkat sekolah malah institusi penganjian tinggi dengan kerjasama pihak FIT Touch Malaysia turut menganjurkan kejohanan ini secara tidak lansung memperkembangkan lagi sukan ini.

Pasukan Scorpion Touch Putrajaya beraksi di Kejohanan Touch Football Western Australia.
Pasukan Scorpion Touch Putrajaya beraksi di Kejohanan Touch Football Western Australia.

Sukan Touch ini sememang satu sukan yang boleh dimainkan dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang turut menjadi salah satu sukan pilihan untuk para atlet ragbi untuk memanaskan badan atau di dalam sessi latihan. Sukan ini juga mampu untuk membina stamina dan prestasi atlet ragbi dan sememangnya setiap peraturan adalah berbeza bagi setiap kod disiplin sukan walaupun menggunakan bola yang hampir sama. Malah sukan Touch ini juga mampu dimainkan oleh atlet direhatkan atas masalah kecederaan untuk memastikan mereka sentiasa cergas.

“Touch adalah satu sukan yang menyeronokan dan senang untuk bermain atau dipelajari. Seperti mana nama sukan ini ‘Touch’, tiada sebarang terjahan fizikal & agresif. Sentuhan menjadi cabaran utama selain kepantasan dalam permainan ini,” ulas Bryan O’Connor selaku Pengarah Urusan FIT Touch Malaysia kepada wartawan.

Bryan O’Connor; Pengarah Urusan FIT Touch Malaysia. Foto – Sukandaily
Bryan O’Connor; Pengarah Urusan FIT Touch Malaysia. Foto – Sukandaily

Selain itu Bryan turut mengulas yang kejohanan sukan Touch ini sering dianjurkan di peringkat Asia mahupun antarabangsa di mana Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Touch Kelab Asia pada 2007, 2008, 2012 dan 2013. Malaysia antara 8 negara Asia yang bernaung di bawah Federation of International Touch (FIT) selain India, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Singapura.

Sementara itu Samsul Norazim Samsudin selaku Pegawai Pembangunan FIT Touch Malaysia turut mengulas,”Sukan Touch kini kian berkembang dan mula diterima ramai khususnya di peringkat pusat penganjian tinggi. Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi pelopor setelah meletakkan sukan ini sebagai salah satu subjek elektif untuk pelajar di bawah pengajian pusat sukan.”

Sukan Touch yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur mahupun wanita. Foto – Sukandaily
Sukan Touch yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur mahupun wanita. Foto – Sukandaily

Permainan ini boleh dimainkan di atas padang bersaiz separuh dari padang bola di mana hanya enam pemain akan beraksi di dalam padang dalam satu masa. Setiap pasukan hanya dibenarkan mempunyai pemain sehingga 14 pemain. Sewaktu permainan berlansung, setiap pasukan diberikan peluang sebanyak enam kali untuk mendapatkan kutipan mata sebelum giliran enam kali tersebut bertukar kepada pasukan lawan. Setiap tempoh permainan boleh mencecah sehingga 20 minit termasuk 5 minit diperuntukan untuk rehat separuh masa.

Pada April, 2019 nanti tugasan besar menanti buat FIT Touch Malaysia apabila Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan Piala Dunia Touch di Taman Equestrian Putrajaya, Putrajaya buat pertama kali. Malah terkini juga sedang turut membida hak penganjuran Piala Dunia Touch Remaja pada 2018 ini.

- Advertisement -