DSC_5682

Mohd Fitri Ashraf Razali has inked a deal with PETRONAS Yamaha CKJ for 2015 and he will make his debut with the factory squad this weekend in the opening round of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship in Temerloh, Pahang.

After four years riding for Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Fitri decided that it was best for his career to split from the Honda camp after he endured a difficult 2014 season that saw him finish 12th overall – his lowest result since he joined the CP130 category in 2012.

Fitri will now compete alongside Mohd Affendi Rosli (another former SCK rider) together with Ahmad Afif Amran and all three riders are committed to laying down an assault to bring back the CP130 title and team awards for Yamaha by the end of the season.

“I am very happy and excited to join and represent the Hong Leong Yamaha factory team in the CP130 class,” Fitri said.

He added, “This team is like a big family, and I will do what is necessary to give the maximum. The team has won many races and for sure, my goal is to win as well, but I’ll take the time necessary for that. Many great racers rode for Yamaha so it’s a dream come true to continue this tradition.”

When asked about his feelings leaving SCK Racing, Fitri commented, “SCK is a great team. I learned a lot from them and I have nothing but respect for them.

“However, there comes a time in every riders’ career that they need to switch to new teams or manufacturers in hope of learning something new. I am at that junction now – that is the main reason why I chose to go with Yamaha this year,” he said.

Speaking about his expectations, racing for a new team and a new bike, Fitri said, “Certainly I will need some time to adapt to the new team environment but I do not think this will be a big issues because HLYM has always been very professional. Right now, my main concern is looking for a strong pace with the new bike because it is quite different from what I used to ride for the past four years.”

“Nevertheless, I am confident I can get a hang of it by the first three rounds. After all, I have Affendi and Afif to refer to and both are very experienced with riding Yamaha machines.” 

 

FITRI SERTAI BARISAN PELUMBA YAMAHA UNTUK MUSIM 2015

Mohd Fitri Ashraf Razali bakal tampil bersama pasukan baharu apabila menandatangani kontrak bersama PETRONAS Yamaha CKJ bagi menghadapi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2015 yang akan membuka tirai di Temerloh, Pahang pada 14 dan 15 Mac ini.

Selepas empat tahun bersama Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Fitri membuat keputusan untuk berhijrah ke kem Yamaha selepas melalui musim suram sepanjang musim lepas apabila sekadar menghuni tangga ke-12 keseluruhan, keputusan terendah yang diraih sejak beraksi dalam saingan CP130 bermula tahun 2012.

Penghijrahan ini menyaksikan Fitri akan kembali bergabung dengan rakan sepasukan musim 2013, Mohd Affendi Rosli dan Ahmad Afif Amran dengan misi untuk meraih gelaran keseluruhan berpasukan dan individu kembali ke tangan Yamaha.

“Saya gembira dengan penghijrahan ini dan bersedia untuk membawa cabaran di bawah pasukan berstatus ‘factory’ iaitu pasukan pengeluar Hong Leong Yamaha dalam kelas CP130,” jelas Fitri.

Tambahnya, “Pasukan ini ibarat sebuah keluarga besar, dan saya akan cuba memberikan aksi terbaik saya. Mereka telah memenangi banyak perlumbaan dan sudah pasti saya juga mempunyai sasaran untuk menang. Malah Yamaha juga mempunyai rekod cemerlang melahirkan ramai pelumba handalan sebelum ini, jadi saya mahu meneruskan tradisi mereka.”

Bercakap tentang keputusan meninggalkan pasukan lama, SCK Racing, Fitri menjelaskan, “SCK merupakan sebuah pasukan yang hebat. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang bersama mereka dan saya juga begitu menghormati mereka.

“Cuma mungkin ini masa untuk saya melakukan perubahan bagi menimba lebih banyak pengalaman dan mempelajari perkara-perkara baharu. Sebab itulah saya membuat keputusan untuk memilih Yamaha pada tahun ini,” katanya.

Bercakap tentang sasaran bersama jentera dan pasukan baharu pada tahun ini, Fitri berkata, “Sudah tentu saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan serasi dengan jentera dan suasana di dalam pasukan, namun itu bukan satu masalah kepada saya kerana percaya HLYM merupakan sebuah pasukan yang profesional di dalam kerja mereka. Apa yang sedikit membimbangkan saya adalah untuk mencapai aksi maksimum bersama jentera  kerana agak berbeza jika dibandingkan dengan jentera yang digunakan sepanjang empat tahun lepas.

“Meskipun begitu, saya yakin mampu mendapatkan keserasian selepas beberapa pusingan awal ini. Malah, saya juga boleh merujuk kepada Affendi dan Afif jika mempunyai sebarang masalah kerana mereka begitu berpengalaman dengan jentera Yamaha.”

- Advertisement -