Pemain golf negara, Gavin Kyle Green merangkul kejohanan Golf Masters Mercuries Taiwan sekaligus trofi pertamanya dalam Jelajah Asia.

Meskipun hamnar pada satu ketika dengan tiga bogey dilakar sepanjang permainan, Gavin tetap tenang untuk bangkit sehingga ke lubang terakhir.

Catatan 71 pukulan pada hari terakhir sudah cukup untuknya menamatkan saingan empat hari selaku juara dengan catatan keseluruhan 279 pukulan 9 dibawah par untuk pulang dengan wang tunai 160 000 Dolar US.

Empat pemain, Adilson Da Silva dari Brazil, Scott Vincent (Zimbabwe), Keith Horne (Afrika Selatan) dan Juvic Pagunsan (Filipina) masing masing berkongsi kedudukan kedua.

Kemenangan ini menyaksikan beliau menduduki tangga teratas dalam order of merit Jelajah Asia dengan jumlah hadiah kemenangan 527 346 Dolar US, mengatasi pemain Australia, Scott Henderson dengan perbezaan 110 417 Dolar US.

FOTO : ASIAN TOUR

- Advertisement -