Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mengucapkan selamat tinggal kepada arena badminton selepas mengumumkan persaraan dikala usianya masih 21 tahun.

Bekas juara remaja dunia itu mengumumkan pengunduran dirinya menerusi you tube selepas namanya diumumkan tersenarai dalam skuad bagi saingan Piala Sudirman.

Keputusan pengundurannya dari arena badminton adalah kerana memerlukan tempoh yang lama untuk pemulihan susulan pembedahan perut pada 2019.

“Saya telah bersama pasukan kebangsaan untuk tujuh tahun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk peluang dan juga kepada semua rakan dan peminat. Saya harap semua kekecewaan dan impian saya, akan dapat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan, Lee Zii Jia dan Lai Pei Jing,”katanya. 

Piala Sudirman dijadual bermula dari 26 September hingga 3 Oktober depan di Vantaa, Finland

nama Goh Jin Wei mula timbul selepas muncul juara Piala Dunia Remaja dua kali pada edisi 2015 di Lima, Peru dan dan Markham (Kanada) pada 2018.

Malah, Jin Wei juga memenangi gelaran di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dan meraih pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017

Penampilan sulung Jin Wei selepas berehat panjang untuk proses pemulihan adalah pada kejohanan Antarabangsa Sepanyol Jun lalu dimana pemain kelahiran Pulau Pinang ini mara ke final sebelum tewas kepada rakan senegara yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 Filipina , S Kisona.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) enggan mengangkat bendera putih pada awalnya untuk meyakinkan Jin Wei agar terus kekal bersama badan induk badminton negara itu.

Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menjelaskan, BAM bersedia untuk menghantar Jin Wei ke luar negara bagi mendapatkan rawatan seperti yang pernah dilalui oleh pemain bergu campuran, Goh Liu Ying yang menjalani pembedahan bahu di Jerman.

Namun Jin Wei memilih untuk bersara lebih awal meskipun diminta untuk sekurang kurangnya beraksi di Piala Uber sebelum bersara atas faktor kesan susulan pembedahan yang dilakukan selain sukar untuk mengikuti sistem latihan.

 

- Advertisement -