• Liverpool memulakan langkah untuk ‘merisik’ pemain sayap Wolves, Adama Traore selepas menyatakan minat dan membawa pemain berusia 24 itu ke Anfield.

 

 

 

 

  • Real Madrid menawarkan £71 juta untuk mendapatkan bintang Bayer Leverkusen, Kai Havertz malah membenarkan pemain berusia 20 tahun itu untuk kekal di Jerman musim depan sebelum berhijrah sepenuhnya ke Santiago Bernabeu.

 

  • Chelsea akan melepaskan beberapa pemain kelab itu sebelum kehadiran pemain sayap, Hakim Ziyech dari Ajax dan Timo Werner (RB Leipzig) ke Stamford Bridge.

 

 

  • Barcelona memulakan rundingan kontrak baru kepada dua dua pemain; Lionel Messi dan penjaga gol, Marc Andre ter Stegen

 

 

  • Manchester United dan Chelsea bersedia untuk menyambar pemain sayap berusia 22 tahun, Federico Chiesa selepas Fiorentina dikhabarkan memberikan lampu hijau untuk meninggalkan kelab itu.

 

 

  • Everton hampir pasti mendapatkan pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot dan bakal bertemu semua dengan jurulatih yang memberinya peluang beraksi ketika di Paris St Germain pada 2012, Carlo Ancelotti.

 

 

 

 

  • Tujuh kelab termasuk Chelsea dalam persaingan sengit untuk mendapatkan pertahanan kiri, Ben Chilwell. Leicester bagaimana pun tidak merasakan sebarang tekanan ketika pemain 23 tahun itu menjadi buruan kelab kelab besar.

  • West Ham United menyatakan hasrat untuk menandatangani penyerang kelahiran Belgium, Michy Batshuayi.

 

 

  • Arsenal dan Wolves berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Daniele Rugani, yang dilaporkan bergelur untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama Juventus yang dipimpin Maurizio Sarri.

 

  • Napoli tidak akan menurunkan harga £100 juta terhadap pemain pertahanan mereka Kalidou Koulibaly yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United

 

 

  • Dua kelab Eropah, Real Madrid dan Manchester United ,mengintai peluang untuk mendapatkan bintang muda Inter Milan, Lautaro Martinez selepas Barcelona menangguhkan perbincangan untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.

  • Pemain tengah Juventus Miralem Pjanic, tidak berminat dengan tawaran daripada Chelsea dan Paris St Germain kerana beliau lebih berminat untuk menyarung jersi Barcelona.

 

 

  • Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic berharap untuk kekal di Nou Camp sehingga kontraknya tamat pada 2021 meskipun spekulasi mengatakan beliau bakal meninggalkan kelab itu lebih awal.

 

 

 

 

- Advertisement -