• Andai gagal mendapatkan bek kiri Leicester City, Ben Chilwell, Chelsea akan mensasarkan pertahanan Paris St Germain, Layvin Kurzawa sebagai pilihan kedua untuk dibawa ke Stamford Bridge.

 

  • Liverpool melakukan bidaan sebanyak £54 juta untuk menyambar pemain pertahanan Napoli Kalidou Koulibaly. Walaubagaimanapun, tawaran tersebut dikhabarkan ditolak kerana Napoli meletakkan harga sekurang kurangnya £90 juta terhadap pemain berusia 29 tahun itu.

 

  • Perang perebutan Lautaro Martinez terus berpanjangan… kali ini Ketua Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta mendedahkan pemain berusia 22 tahun itu tidak pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan San Siro.

 

  • Barcelona memulakan rundingan untuk melanjutkan kontrak bintang sensasi, Lionel Messi selama dua tahun. Pemain kelahiran Argentina itu akan menyambut hari lahir ke 33 pada Rabu.

 

  • Juventus bersedia untuk menawarkan dua pemain, Daniele Rugani dan Federico Bernardeschi kepada Wolves untuk mengurangkan kos bagi mendapatkan penyerang mereka Raul Jimenez.

 

 

  • AS Roma mungkin akan menyambung tempoh pinjaman pertahanana Manchester United, Chris Smalling untuk semusim lagi dengan matlamat untuk mendapatkan pemain berusia 30 tahun  secara tetap pada penghujung musim.

 

  • Dalam pada itu, AS Roma juga menawarkan kontrak kepada pertahanan antarabangsa Belgium, Jan Vertonghen untuk tempoh selama dua tahun.

 

 

  • Kelab Turki, Fenerbahce melancarkan kempen kutipan dana kepada penyokong dalam misi mendapatkan pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil.

 

  • Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mensasarkan penjaga gol, Joe Hart yang tidak disambung kontraknya oleh Burnley peghujung bulan ini sebagai pengganti kepada Bernd Leno yang mengalami kecederaan ketika The Gunners tewas kepada Brighton.

 

  • Lagenda Brazil, Ronaldo berkata Real Valladolid bersedia untuk memancing penyerang antarabangsa Chile, Alexis Sanchez jika beliau gagal mendapat tempat di Inter Milan.

 

  • Pemain tengah Everton, Morgan Schneiderlin hampir pasti meninggalkan Goodison Park selepas lulus pemeriksaan perubatan di kelab Ligue 1, Nice.

 

 

  • Bayern Munich menawarkan £36 juta kepada Manchester City untuk mendapatkan pemain sayap, Leroy Sane. The Citizen mengesahkan Leroy Sane sah mahu meninggalkan kelab itu selepas menolak tawaran untuk melanjutkan kontraknya bersama skuad kendalian Pep Guardiola.

 

 

- Advertisement -