• Manchester City berkemungkinan untuk mendapatkan Lionel Messi selepas kontrak pemain berusia 33 tahun itu tamat pada Jun tahun depan dengan syarat, Pep Guardiola meninggalkan The Citizen.

 

 

  • Chelsea ‘terpaksa’ menjual enam pemain untuk menampung kos sekitar £90 juta jika mahu membawa pemain tengah Bayer Leverkusen, Kai Havertz ke Stamford Bridge musim depan

 

 

  • Arsenal bersedia untuk mengadakan rundingan dengan penyerang, Alexandre Lacazette untuk melanjutkan kontrak pemain berusia 29 tahun sekaligus kekal di Stadium Emirates.

 

 

 

  • Gergasi Ligue 1, Paris St Germain berkemungkinan untuk mendapatkan bek kanan The Gunners, Hector Bellerin dan dua lagi kelab, Juventus dan Bayern Munich turut sama berusaha untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu.

 

 

 

  • Pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantra terdesak untuk ke Liga Perdana Inggeris dengan Liverpool dikatakan bersedia untuk membelanjakan £32 juta untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu ke Anfield.

 

 

  • Sevilla dan Atletico Madrid sedang bersaing untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic yang dikhabarkan mahu meninggalkan Nou Camp.

 

 

  • Hasrat Barcelona untuk membawa masuk bekas pemain tengah, Xavi sebagai pengurus The Catalan tinggal kenangan selepas beliau memilih untuk terus kekal sebagai pengurus kelab di Qatar, Al Sadd.

 

 

 

  • Pengurus Everton, Carlo Ancelotti menegaskan The Toffees tidak akan menjual tiga pemain berstatus bintang, Lucas Digne, Richarlison dan Mason Holgate meskipun wujud spekulasi mereka bakal meninggalkan Goodison Park.

  • Penyerang veteran Croatia, Mario Mandzukic menjadi pemain bebas selepas menamatkan kontraknya bersama kelab yang berpengkalan di Qatar, Al Duhail.

 

- Advertisement -