Ketua Eksekutif Paris St Germain, Nasser Al Khelaifi menegaskan kelab itu tidak akan menjual penyerang sensasi mereka Kylian Mbappe kepada sesiapa pun. Pemain 22 tahun itu seringkali menjadi sasaran kelab kelab ternama Eropah.

 

Kelab Bundesliga, Borussia Dortmund meletakkan ‘tanda harga’ £171.8 juta kepada mana mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan penyerang kelahiran Norway, Erling Haaland. 

 

 

Selepas gagal mendapatkan Buendia, Arsenal kembali meletakkan sasaran untuk mendapatkan Martin Odegaard daripada Real Madrid samada secara pinjaman atau pembelian tetap

 

 

The Gunners juga akan mengadakan perbincangan dengan Wolverhampton Wanderers yang mahu mendapatkan pemain tengah berusia 24 tahun, Ruben Neves

 

 

 

Media tempatan di Sepanyol melaporkan Barcelona berminat untuk mendapatkan pertahanan antarabangsa Sepanyol, Aymeric Laporte dan sanggup menawarkan Sergi Roberto sebagai sebahagian daripada tawaran itu 

 

 

The Catalan juga tidak akan meningkatkan tawaran untuk mendapatkan Georginio Wijnaldum meskipun Paris St Germain bersedia untuk menggandakan gaji pemain berusia 30 tahun itu 

 

 

 

Penyerang veteran Perancis, Olivier Giroud mungkin akan berhijrah ke Serie A untuk menyertai AC Milan meskipun Chelsea akan menawarkan kontrak lanjutan selama setahun untuk terus beraksi di Stamford Bridge.

 

 

Satu lagi kelab Serie A, Juventus mensasarkan pemain Lyon, Memphis Depay yang akan tamat kontraknya penghujung bulan ini sekaligus bakal ‘menggugat’ Barcelona yang turut berminat untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

 

 

Pengendali Atletico Madrid Diego Simeone hampir pasti kekal bersama kelab itu selepas dilaporkan bersetuju untuk menyambung kontraknya selama dua tahun sehingga 2024. Beliau juga mahu mendapatkan bintang muda Argentina, Lautaro Martinez daripada Inter Milan.

 

Lazio berkemungkinan akan mendapatkan khidmat bekas pengurus Chelsea, Maurizio Sarri sebagai pengendali kelab itu.

 

 

- Advertisement -