Penyerang antarabangsa Portugal, Cristiano Ronaldo belum mahu meninggalkan Juventus sehingga kontraknya bersama kelab itu tamat tahun depan. Desas desus mengatakan Juve mahu melepaskan pemain berusia 36 tahun ini untuk menampung kewangan kelab dan beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.

 

Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling enggan meneruskan perbincangan melanjutkan kontraknya bersama kelab itu sebaliknya mahu memberi tumpuan terhadap saingan EURO 2020 terlebih dahulu.

 

 

 

Spekulasi mula bertiup di Jerman apabila pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho akan menyertai Manchester United meskipun tawaran £67 juta skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer ditolak. Dortmund menetapkan harga £77 juta termasuk faedah lain untuk pemain berusia 21 tahun itu.

 

 

Pemain tengah England, Jack Grealish menjadi sasaran Chelsea sekaligus bakal bersaing dengan dua lagi kelab EPL, Manchester City dan Manchester United yang sudah lama menyimpan hasrat untuk menyambar pemain berusia 25 tahun itu.

 

 

Pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane mahu meninggalkan Los Blancos sekaligus menarik minat Manchester United dan Paris St Germain. Pemain berusia 28 tahun itu memberi bayangan memilih Ligue 1 sebagai destinasinya. Nilai untuk mendapatkan pemain ini dianggarkan sekitar £51.5 juta.

 

Keputusan Varane jelas ‘meresahkan’ Real Madrid yang bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Sergio Ramos bagi melanjutkan kontrak pemain berusia 35 tahun itu untuk beraksi di Santiago Bernabeu.

 

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti dalam pada itu berharap pengurusan dapat mengatur perbelanjaan untuk mendapatkan penyerang muda Chelsea, Timo Werner.

 

 

 

Chelsea meningkatkan bidaan kepada £43 juta serta Emerson Palmieri kepada Inter Milan untuk mendapatkan pemain pertahanan yang juga rakan senegara Hakim Ziyech, Achraf Hakimi untuk berhijrah ke Stamford Bridge. 

 

 

Leicester City sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pemnain tengah Barcelona, Philippe Coutinho. The Foxes berkemungkinan akan menawarkan £17 juta ataupun secara pinjaman kepada pemain kelahiran Brazil itu.

 

- Advertisement -