MTZ_2452

Hafizh Syahrin Abdullah had to sit out from the Australian GP as his health conditions prevented him from contesting in the Moto2 finlas in Philip Island, Australia today.

The PETRONAS Raceline Malaysia rider was hit by flu that had gotten worse since the qualifyings. Hafizh earlier wanted to go through with the race but had to be content with being sidelined as his conditions worsen.

“I was not feeling good with the flu bug but when things went really bad, I had consulted the doctors before making the decision to proceed with the race.

After giving what I’ve got in the earlier parts of the race, my health deteriorated that forced me to abort it immediately. My apologies to sponsors, fans and team. I promise I will make up for this back at home, Malaysia,” said Hafizh.

Team manager, Barry Leong said, “We have done all we can this week especially with his performance and a good bike setup but Hafizh’s health concern is our main priority so this is the best decision for now. Let’s hope for the better in Sepang”.

 
MASALAH KESIHATAN JEJAS AKSI HAFIZH
Sh: GAGAL TERUSKAN PERLUMBAAN SELEPAS 14 PUSINGAN
 
Masalah kesihatan telah menjejaskan rentak cemerlang hafizh Syahrin Abdullah apabila terpaksa menarik diri daripada perlumbaan akhir Moto2 Grand Prix Australia yang berlangsung di Litar Phillip Island, Australia, hari ini.
 
Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu mengalami demam selesema yang teruk sejak sesi kelayakan semalam namun tekad untuk meneruskan perlumbaan akhir sebelum terpaksa akur terhadap tahap kecergasan yang tidak begitu baik sehingga memaksanya untuk menarik diri selepas 14 pusingan perlumbaan berlangsung.
 
“Saya tidak begitu sihat dan mengalami demam selesema yang teruk sejak semalam dan keadaan semakin teruk sebelum perlumbaan bermula. Saya pergi berjumpa doktor di litar dan kemudiannya saya memutuskan untuk tetap meneruskan perlumbaan. 
 
“Selepas berjaya memberi cabaran pada peringkat awal perlumbaan, kecergasan saya mula menurun dan tidak mampu lagi untuk meneruskan perlumbaan. Saya meminta maaf kepada penaja, peminat dan pasukan namun saya berjanji akan bangkit memberikan aksi terbaik di Malaysia nanti,” jelas Hafizh.
 
Pengurus pasukan, Barry Leong berkat, “Kami telah melakukan sebaik mungkin pada minggu ini. Hafizh berjaya mencatat masa yang baik, begitu juga dengan jentera. Secara peribadi, saya yakin Hafizh mampu mengutip mata lagi di sini namun masalah seperti ini tidak boleh dielak. Kami harap semuanya akan lebih baik di Sepang nanti.” 
- Advertisement -