Pemain pemain negara menunjukkan semangat yang tinggi meskipun kembali semula ke hotel kediaman baru baru ini dengan ‘luka parah’ susulan kekalahan 0-4 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Penyerang negara Luqman Hakim Shamsudin menjelaskan kem Harimau Malaya kecewa dengan keputusan yang terhasil di Stadium Zabeel, namun rakan rakan sepasukan mahu membuktikan kebangkitan pada perlawanan seterusnya.
Bagi pemain berusia 19 tahun itu, kekurangan yang berlaku ketika menentang UAE perlu dijadikan pengajaran untuk memperbetulkan sekaligus terus mempersiapkan diri dengan baki masa yang ada sebelum turun menentang Vietnam.
Segala kesilapan dilakukan dalam perlawanan UAE, kita akan perbetulkan dalam masa enam hari ini, saya yakin dengan setiap individu dalam pasukan ini,” katanya pada sidang media secara dalam talian sesi latihan skuad kebangsaan di Dubai, hari ini.
Kekalahan ketiga selepas enam perlawanan menyaksikan Malaysia menghuni tangga keempat kumpulan G , berkongsi sembilan mata dengan UAE dan Thailand yang menghuni tangga kedua dan ketiga.
Bagi pemain yang beraksi untuk kelab di Belgium, KV Kortrijk, beliau akan memberikan segalanya jika diberi kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe untuk beraksi menentang Vietnam dan Thailand.
Tambahnya lagi, bukan masa untuk memberi perbandingan dengan mana mana pemain kerana semua yang dipilih pastinya memegang prinsip yang sama, menang bersama dan kalah bersama.