Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui tidurnya tidak lena sepanjang seminggu sebelum aksi genting menentang Myanmar dan betapa hebatnya tekanan yang menghimpit kem negara yang perlu menang untuk merebut tiket beraksi di separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Namun Cheng Hoe sedaya upaya menyembunyikan keresahan terbabit dan hanya sejurus melihat barisan pemainnya melakar kemenangan 3-0 di hadapan lebih 80,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil, barulah dia berani menceritakannya.

ā€œSelepas tewas kepada Vietnam kita ada tempoh satu minggu untuk persiapan dan dalam tempoh itu kita lihat Myanmar dan Vietnam mencatat keputusan seri, kita sedar kita tiada pilihan selain menang sedangkan Myanmar hanya perlukan seri.

ā€œJadi tekanan itu terlalu kuat, pemain tertekan ketika latihan dan saya sendiri sebenarnya tertekan kerana saya tahu betapa tingginya ekspetasi yang diletakkan tetapi saya perlu tenang dan memberikan motivasi kepada pemain. Mereka hanya fikirkan mengenai kemenangan dan ianya satu kelegaan kita dapat lepasi halangan ini,ā€ ujar Cheng Hoe.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan dua gol Zaquan Adha Abdul Radzak memastikan kemenangan 3-0 buat Harimau Malaya dan menamatkan aksi Kumpulan A selaku naib juara di belakang Vietnam.

Ianya adalah gol keempat dalam empat perlawanan buat Norshahrul Idlan di pertandingan ini manakala Zaquan Adha pula sudah mengumpul tiga jaringan setakat ini.

Di sebalik kemenangan meyakinkan itu, Cheng Hoe berpendapat belum masanya untuk skuad negara terbuai dan berasa selesa sebaliknya menegaskan masih banyak perlu diperbaiki menjelang aksi separuh akhir menentang juara Kumpulan B, sama ada ianya juara bertahan Thailand, Filipina mahupun Singapura.

Aksi separuh akhir pertama dijadual berlangsung di Bukit Jalil pada 1 Disember manakala perlawanan timbal balik di gelanggang lawan pada 5 Disember.Ā  MUHD AIMANĀ Ā 

- Advertisement -