Pasukan Honda Asia Dream Racing (HADR) with SHOWA tampil dalam kelas tersendiri pada Kejuaraan EWC Sepang 8-Hours yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam ini.
Pasukan yang diperkuatkan dengan jentera Honda CBR1000RR itu menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa keseluruhan 5â51:53.459 saat (s) dan ia merupakan kemenangan podium pertama buat mereka pada perlumbaan endurance dunia.
Dalam tempoh tersebut, pelumba pasukan berkenaan berjaya melakukan 80 lap di litar sejauh 5.543 kilometer itu.
Meskipun berdepan pelbagai cabaran ketika mengharungi perlumbaan tersebut, namun ia tidak menjejaskan misi mereka untuk berada di puncak kejayaan.
Penangguhan perlumbaan akibat hujan, masalah jentera ketika mengharungi sesi pemanas badan pada sebelah pagi ternyata bukan halangan buat pasukan tersebut yang terus kental memperlihatkan watak sebagai pejuang.
Mereka pejuang sejati dengan tekad tinggi untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan yang seratus peratus di barisi warga Asia itu.
Tiga pelumba yang menjadi taruhan, Md Zaqhwan Zaidi (Malaysia), Somkiat Chantra (Thailand) dan Andi Farid Idizhar (Indonesia) telah menampilkan aksi luar biasa walaupun para pencabar di sekeliling mereka terdiri daripada pelumba-pelumba hebat dari benua Eropah.
Somkiat yang memulakan perlumbaan buat pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA sebaik saingan diteruskan selepas tertangguh hampir lima jam, ternyata tidak mengecewakan selepas dia meletakkan pasukan dalam kedudukan terbaik untuk penamat podium.
Selepas sejam berada di litar, peranan Somkiat diambil alih oleh Zaqhwan selaku pelumba kedua pasukan tersebut dan ternyata keselesaan mereka tidak berganjak, sekali gus mengakhiri saingan di tempat kedua di belakang pasukan YART-Yamaha dengan catatan masa keseluruhan 5â50:03.837s.
Perubahan strategi yang dilakukan oleh pengurusan pasukan untuk mengharungi perlumbaan tersebut juga berakhir dengan pencapaian yang cemerlang.
Menurut penolong pengurus pasukan, Zulhelmi Ahmad, mereka telah membuat keputusan untuk meletakkan Zaqhwan sebagai pelumba utama selepas mendapati catatan masa yang dilakukannya dalam keadaan litar yang basah sangat memberangsangkan.
Menurutnya, prestasi Somkiat juga tidak meragukan dan diberikan peranan sebagai pelumba pertama.
âPerubahan tersebut telah membuahkan hasil maskipun perancangan awal hanya meletakkan Zaqhwan sebagai pelumba pertama, namun dia dimasukkan semula bagi memainkan peranan sebagai pelumba terakhir.
âSaya juga yakin kami akan berada di podium selepas melihat catatan masa yang mereka lakukan pada sesi pemanas badan pada sebelah pagi tadi. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras semua pihak dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua,â jelas Zulhelmi yang telah meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik sebelum kejuaran ini bermula.
Menurutnya lagi, kejayaan ini dianggap sebagai penutup musim terbaik bagi pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA selepas turut tampil cemerlang di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
Sementara itu, Somkiat ketika ditemui menjelaskan bahawa dia berasa selesa mengharungi perlumbaan tersebut meskipun kelancarannya agak terganggu selepas ia ditangguhkan akibat hujan.
âSaya telah berusaha untuk menampilkan yang terbaik dan selepas perlumbaan diteruskan, fokus saya adalah untuk melakukan catatan masa terpantas dan saya berjaya menyempurnakannya.
âSaya berasa sangat selesa walaupun hampir sejam berada di atas litar. Ia perlumbaan yang sangat menarik walaupun baharu pertama kali beraksi dalam perlumbaan endurance di Sepang,â jelas Somkiat.
Pada saingan tersebut, pasukan BMW Motorrad World Endurance Team berada di kedudukan ketiga dengan catatan masa keseluruhan 5â50.35.678s.
Sejumlah 50 pasukan tampil menyahut cabaran pada Sepang 8-Hours 2019 yang, kejuaraan pertama seumpamanya diadakan di litar berkenaan.