20151229-Ampang Jaya BC-WS-Ho Yen Mei-005

Oleh Ku Mohd Lufti

Hasrat Malaysia untuk melangkah ke suku akhir Piala Uber 2016 tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada Denmark.

Berada di tangga kedua kumpulan C, Denmark sudahpun meraih 1 kemenangan selepas menundukkan Sepanyol pada aksi pumbukaan ahad lalu, mendahului  2-0.

Perseorangan pertama negara, Tee Jing Yi sukar untuk menewaskan Line Kjaersfeldt apabila tumbang straight set 11-21, 11-21 untuk mata pertama Denmark.

Kem Malaysia semakin tertekan apabila percaturan mengubah gandingan beregu wanita, Amelia Alicia Anscelly dan Woon Khe Wei juga gagal apabila dijinakkan pasangan Christinna Pedersen, Kamilla Rytter Juhl juga straight set 16-21, 17-21 sekaligus menghadiahkan mata kedua untuk Denmark.

Tekanan terletak di bahu pemain perseorangan muda dalam pembikinan, Goh Jin Wei yang turun berdepan Mette Poulsen untuk menghidupkan peluang Malaysia.

Meskipun bertubuh kecil, Jin Wei memukau penonton yang hadir apabila rentak permainannya termasuk drop shot dan cross court smash memerangkap Poulsen sepanjang perlawanan sekaligus berakhir dengan kemenangan straight set 21-18, 21-13.

Percaturan Wong Pei Tty menurunkan gandingan kapten Piala Uber negara, Goh Liu Ying dan Vivian Hoo Kah Mun berakhir dengan kejayaan sekaligus mengubat kekecewaan beregu pertama.

Turun menentang Maiken Fruregaard, Sara Thygesen, Liu Ying dan Vivian diberi tentangan sengit sepanjang perlawanan.

Menang 21-18 di set pertama, Fruregaard dan Thygesen bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk melakar kemenangan 24-22.

Namun scratch pair negara menguasai set penentuan tatkala Fruregaard dan Thygesen semakin kepenatan dan hilang fokus.

Liu Ying dan Vivian menjarakkan jurang mata ke atas lawan sebelum melangkah keluar dari gelanggang dengan senyuman, menang 21-12 untuk megikat kedudukan 2 sama.

Sandaran terakhir diletak ke atas perseorangan ketiga negara, Ho Yen Mei yang turun menentang Anna Thea Madsen nyata berlangsung sengit.

Kedua dua pemain saling berkejaran mata sehingga ke penghujung perlawanan, kelebihan memihak Anna yang mendahului 20-18 di set pertama.

Namun Ho Yen Mei bangkit untuk mengikat kedudukan 20 sama sebelum menutup set pertama dengan kemenangan 24-22.

Yen Mei bagaimanapun hambar di set kedua apabila banyak melakukankesilapan dan gagal membaca bola di baseline sekaligus mudah memberikan kemenangan 21-13 kepada Anna sekaligus mengheret penentuan pasukan yang akan ke suku akhir di rubber game.

Meskipun diberi tunjuk ajar oleh Wong Tat Meng dan Morten Frost Hansen, Yen Mei tetap gagal bangkit untukmelakar kemenangan apabila tewas 13-21 selepas bertarung hampir sejam.

Malaysia akan menentang Sepanyol untuk melengkapkan jadual perlawanan kumpulan C pagi esok.

- Advertisement -