fa.cup.final

Oleh Ku Mohd lufti

Bahang kehangatan saingan Piala FA sabtu lalu pastinya masih lagi dirasai khususnya di selatan tanah air dimana Johor Darul Takzim sedang meraikan kejayaan mereka menumpaskan PKNS FC di pentas final.

Kemenangan yang diraih JDT bagaimanapun bukan bererti JDT sudah memiliki segalanya, malah Harimau Selatan mahu pergi lebih jauh lagi.

Itu impian kapten JDT, Safiq Rahim yang mahu membawa pasukannya pergi lebih jauh meskipun pencapaian yang dimiliki Harimau Selatan adalah sesuatu yang luar biasa dan belum ada mana mana pasukan dalam liga Malaysia yang mampu melakukannya.

“Kami tidak akan berhenti disini dan akan mencipta lagi sejarah di masa akan datang. Kami tidak perlu pandang belakang lagi dan akan terus lihat ke hadapan”. Kata Safiq Rahim.

Malah, bagi Safiq, JDT adalah pasukan yang perlu terus mencipta kejayaan kerana apa yang dikecapi sehingga kini adalah hasil kerjasama daripada semua pihak termasuk pengurusan dan barisan kejurulatihan dan pegawai.

“Saya juga tidak akan berhenti disini dan masih mahukan lagi kejayaan. Mungkin sebelum saya berhenti bermain bola, saya mahu layak ke Liga Juara Juara Asia. Dan saya harap inilah pasukan yang akan membawa saya untuk bermain di sana nanti,” tambah Safiq lagi.

Buat naib juara Piala FA 2016, PKNS FC, kegagalan untuk melakar sejarah bukan menjadi noktah penamat.

Pertama kali beraksi di pentas final pastinya menjanjikan satu pengalaman baru buat The Red Ants dalam mematangkan pasukan.

Bagi E. Elavarasan masih banyak lagi yang perlu difikirkan selepas tamat perlawanan Piala FA sabtu lalu, kerana PKNS perlu meneruskan saingan dalam liga domestik.

“Inlah bolasepak, kami perlu terus maju kehadapan dan mencari peluang peluang yang ada kelak. Itu yang perlu difikirkan pemain, mereka tidak perlu terlalu kecewa dengan satu perlawanan semata mata,” kata Elavarasan.

- Advertisement -