Kerajaan Jepun bertekad Sukan Olimpik akan berlangsung susulan satu laporan yang belum disahkan berkenaan pembatalan acara sukan bertaraf dunia itu.
Times Of London telah memetik anggota kanan gabungan pemerintah yang tidak disebut nama melaporkan, pihak berkuasa Jepun secara peribadi membuat kesimpulan Sukan Olimpik tidak dapat dilangsungkan kerana wabak Covid-19 yang masih menular.
Dalam satu kenyataan, penganjur Tokyo 2020 menyatakan bahawa Perdana Menteri Yoshihide Suga menyampaikan kesungguhan mereka untuk melangsungkan temasya tersebut dan perjumpaan sedang diadakan untuk memastikan temasya itu akan berlangsung serta perlaksanaan langkah pencegahan jangkitan wabak Covid-19.
Bercakap di parlimen baru-baru ini, Suga mengatakan temasya itu akan menjadi simbol kemanusiaan menangani virus corona serta mempamerkan pembangunan semula Jepun dari gempa bumi dan tsunami yang dahsyat melanda negara matahari terbit itu pada 2011 ke mata dunia.
Para pegawai Olimpik turut menyangkal tuntutan yang dibuat oleh Times. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -