Selepas sekadar meraih jersi kelabu ( pelumba muda terbaik ) pada peringkat pertama semalam, pelumba pasukan Oliver’s Real Food Racing Ryan Thomas semakin yakin untuk mendominasi saingan Jelajah Malaysia edisi ke 53 tahun ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu hanya menamatkan saingan di tangga kelapan pada peringkat kedua dari Lumut ke Kuala Kurau untuk merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan selepas tamat dua peringkat perlumbaan.

“Perlumbaan hari ini lebih panas dan kelajuan perlumbaan adalah tinggi, justeru kami perlu pastikan ada wakil ketika breakaway berlaku,”kata Ryan.

Kelebihan tiga saat yang dimiliki pelumba kelahiran Australia ini bagaimanapun tampak masih belum selamat sepenuhnya kerana pemilik sebenar jersi ini akan ditentukan di puncak Gunung Jerai ketika saingan peringkat keempat pada Jumaat nanti.

Bagi Ryan yang meraih podium pertama tahun lalu di perlumbaan New Zealand Cycle Classic tampak optimis mampu untuk mempertahankan jersi kuning sekurang kurangnya bersama pasukan Oliver’s Real Food Racing.

“Saingan untuk mempertahankan jersi kuning bukan mudah, tetapi saya mempunyai pasukan yang kuat dan telah bersedia untuk mempertahankan jersi ini,”katanya lagi.

Dalam pada itu, saingan bagi perebutan untuk jersi polka dot atau raja bukit kembali terbuka selepas tiada pendakian paa peringkat kedua hari ini.

Abdul Gani daripada pasukan KFC mengakui saingan akan kembali sengit kerana pendakian di Bukit Sumpitan (CAT 3) dengan ketinggian lebih 550 meter akan memperlihatkan pencabar pencabar sebenar bagi gelaran raja bukit.

“Sememangnya saya agak kecewa kerana melakukan kesilapan pada hari ini kerana gagal mengekori dua pelumba (Adiq Hussainie Othman dan Ariya Phounsavath) di penghujung perlumbaan.

“Saya akur terlepas jersi kuning kerana banyak breakaway berlaku sepanjang perlumbaan tadi. Apapun saya akan berusaha bersama sama rakan rakan untuk mempertahankan jersi raja bukit sehingga tamat perlumbaan,”kata Abdul.

 

 

 

 

 

 

- Advertisement -