goh-jin-wei.4

Oleh Ku Mohd Lufti

Dua wakil negara melangkah ke peringkat akhir kejohanan Badminton Grand Prix Emas Masters Indonesia selepas menundukkan lawan masing masing di separuh akhir.

Bergu campuran negara, Tan Kian Meng, Lai Pei Jing memulakan langkah ke final untuk Malaysia selepas menundukkan pasangan tuan rumah, Edi Subaktiar, Richi Puspita Dili dalam pertarungan straight set 21-19, 21-15.

Kian Meng dan Pei Jing akan bertemu pilihan kedua dari Indonesia, Ronald Alexander, Melati Daeva Oktavianti.

Sementara itu, perseorangan wanita negara, Goh Jin wei melakar kejutan ke atas pilihan kedua dari Thailand, Nitchaon Jindapol 21-18, 21-5.

Penghalang terakhir Jin Wei adalah pilihan ke 12 dari China, Huang Yxiang yang menang ke atas pilihan pertama dari Hong Kong, Wei Nan.

Impian untuk melihat satu lagi wakil Malaysia ke final tidak kesampaian apabila bergu lelaki, Chooi Kah Ming, Low Juan Shen tewas kepada pasangan China, Han Chengkai, Zhou Haodong 18-21, 21-15,19-21.

- Advertisement -