Penembak elit negara, Johnathan Wong Guan Jie tidak mempunyai rekod yang baik setiap kali berdepan penembak berpengalaman dari Vietnam, Hoang Xuan Vinh.

Dia sudah banyak kali dikecewakan Xuan Vinh di kejohanan-kejohanan besar ā€“ terbaru di Kejohanan Menembak Asia Tenggara SEASA di Subang pada Jun lalu dan belum dapat merencana strategi terbaik untuk mengatasi penembak yang 17 tahun lebih tua daripadanya itu.Ā Ā Ā 

Justeru dengan berbekalkan motivasi tinggi beraksi di gelanggang sendiri, Johnathan bertekad mahu mengakhiri badi tersebut di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan di sebalik reputasi hebat Xuan Vinh yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016.

ā€œApa sahaja boleh berlaku pada hari pertandingan, kesediaan para penembak dari segi mental untuk berdepan dengan aksi final yang sentiasa tegang adalah cukup penting. Jadi kekuatan mental adalah faktor yang boleh menentukan baik buruk prestasi selain fokus yang tidak terganggu. Ā 

ā€œMalah, saya percaya tekanan lebih tinggi kali ini di pihak Xuan Vinh kerana dia akan turun selaku penyandang pingat emas dan juara Olimpik. Dia sudah tentu tertekan untuk menepati status selaku pilihan dan ini memberi peluang kepada saya untuk cuba membuat kejutan.

ā€œIanya tidak mustahil tetapi dalam masa sama cabaran penembak dari negara lain tidak boleh dipandang mudah,ā€ kata Johnathan yang meraih pingat gangsa 50m pistol di Sukan SEA Singapura 2015 setelah tewas kepada Xuan Vinh (emas) dan Natphanlert Auyanpiakul dari Thailand (perak).

Begitupun, dalam acara 10m pistol udara di temasya sama, Johnathan meraih pingat perak dengan mengatasi Xuan Vinh yang sekadar berpuas hati dengan gangsa ketika itu.Ā  Ā 

Mengenai prestasi semasa, Johnathan menjelaskan bahawa latihan selama 40 hari di Korea Selatan pada Jun lalu telah banyak membantu meningkatkan kualiti bidikkannya di mana dia berjaya lakukan bidikan terbaik untuk tahun ini namun mengakui masih perlu tingkatkan prestasi tatkala KL2017 tinggal hanya 30 hari sahaja lagi untuk berlangsung.

Sementara itu, pengurus pasukan menembak kebangsaan, Datuk Sabiamad Abd Ahad berkata ketiadaan dua penembak senior, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Siti Muslifah Zulkifli yang digugurkan pada Mei lalu tidak menjejaskan persiapan pasukan .

Beliau optimis empat emas dapat dibawa pulang dari temasya kali ini masing-masing dua dari acara riffle dan pistol. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -