Gembira dalam duka …..

Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan tonggak utama Kuching FA, Joseph Kalang Tie apabila impiannya membawa kelab amatur itu ke Liga Premier 2020 tercapai selepas menewaskan Sarawak FA 3-1 dalam aksi playoff minggu lalu.

Pemain berpengalaman berusia 32 tahun itu melahirkan rasa syukur dengan kejayaan itu namun dalam masa yang sama turut menyimpan sedikit kedukaan apabila Sarawak FA tersingkir ke Liga M3 tahun depan.

ā€œBagi saya, gembira dalam duka kerana kemenangan berpihak kepada Kuching FA malah pasukan saya boleh bermain di Liga Premier dan merupakan satu sejarah buat pasukan ini.

ā€œNamun berduka buat Sarawak FA kerana pasukan ini adalah pasukan negeri saya sendiri dan mereka tidak boleh berputus asa pada musim hadapan.

ā€œSatu kepuasan yang teramat sangat sampai saya tak terkata, meraikan kemenangan dengan pasukan sehingga saya sendiri pun terduduk dan ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan,ā€ kata pemain tengah itu.

Biarpun pernah beraksi dengan pasukan Liga Super seperti Terengganu FC, Pahang dan Selangor, Joseph merasakan cukup berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan sejak dia menandatangani kontrak bersama Kuching FA pada musim ini.

Bekas pemain kebangsaan itu juga menyatakan perasaan terima kasih kepada pihak pengurusan dan penyokong-penyokong yang banyak memainkan peranan untuk pasukan muncul naib juara Liga M3 bagi menempah slot ke Liga Premier menerusi aksi playoff.

ā€œSaya betul-betul bersyukur dengan Kuching FA yang sememangnya mempunyai sasaran untuk ke Liga Premier bermula daripada saya mengikat kontrak sehingga sekarang, jadi saya berterima kasih kepada pihak pengurusan, penyokong dan rakan sepasukan.

ā€œKami memang layak untuk menang dan kami tidak akan berputus asa dengan harapan mudah-mudahan pasukan Kuching FA ini dapat ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan,ā€ katanya.

- Advertisement -