Hari pertama kejohanan badminton Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyaksikan pasukan Junior Transformers dan Junior Terminators meraih kemenangan pertama selepas menewaskan lawan masing masing hari ini.

Aksi yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara memperlihatkan penguasaan pasukan Junior Transformers yang menang 7-5 ke atas Junior Avengers.

Junior Transformers yang dipimpin Justin Hoh sebagai kapten pasukan cemerlang  meraih mata pertama menerusi bergu campuran Wan Muhammad Arif-Valeree Siow yang menang 15-5, 15-12 ke atas Beh Chun Meng – Go Pei Kee.

Junior Avengers mengikat kedudukan 1-1 menerusi bergu wanita Chan Wen Tse-Noraqilah Maisarah yang menang ke atas Lim Yi Wei-Ng Wen Xi straight set 15-14, 15-11.

Aaron Tai-Low Han Chen kembali meletakkan Junior Transformers didepan selepas menang 15-11, 15-7 ke atas gandingan Chee Hong Wei-Muhd Amzar dalam aksi bergu lelaki namun Eogene Ewe Eon kembali mengikat kedudukan dua sama selepas mengatasi Chua Kim Sheng dalam aksi tiga set 8-15, 15-9, 15-9.

Perseorangan wanita, Khor Jing Wen dan kapten Justin Hoh memastikan Junior Transformers selesa mendahului 4-2 selepas menang ke atas lawan masing masing.

Jing Wen mengatasi Myisha Mohd Khairul 15-14, 15-12 manakala Justin menundukan kapten Junior Avengers, Jacky Kok jing Hong 15-10, 8-15, 15-6.

Jan Jireh Lee merapatkan jurang mata 3-4 buat Junior Avengers selepas menundukkan Low Han Chen 14-15, 15-7, 15-10 namun Aaron Tai kembali melebarkan kedudukan untuk Junior Transformers 5-3 selepas menang ke atas Yeow Chun Cher 15-11, 15-8.

Chan Wen Tse cuba menyuntik semangat juang rakan sepasukan selepas menang ke atas Tan Zhing Hui 15-6, 8-15, 15-14 disusuli kemenangan Siti Zulaikha yang menundukkan Lim Yi Wei 15-11, 15-12 sekaligus mengikat kedudukan lima sama.

Justin Hoh memastikan pasukannya kembali didepan 6-5 selepas bergandingan dengan Wan Muhammad Arif dalam perseorangan lelaki untuk menang ke atas Beh Chun Meng-Liew Xun vs 15-11, 15-11.

Sandaran terakhir Junior Avengers terletak di bahu bergu wanita, Cheng Su Hui-Go Pei Kee untuk mengikat kedudukan sekaligus mengheret perlawanan ke aksi penentuan.

Namun Khor Jing Wen-Valeree Siow nyata lebih mantap apabila memastikan kemenangan menjadi milik Junior Transformers  selepas menang 6-15, 15-14, 15-14.

“Saya katakana kepada mereka, kita menang sama sama, kalah sama sama. Semua telah berikan yang terbaik dan yang tidak beraksi pada hari ini juga memberikan sokongan pada.

“Saya juga beraksi dengan baik dalam kedua dua perlawanan terutama ketika menentang Jacky. Saya hanya bermain dan tidak terlalu memikirkan tentang tekanan dan rakan rakan banyak memberikan kata kata semangat,” kata Justin Hoh.

Aksi diantara Junior Terminators  dan Junior Dominators berlangsung dengan cukup sengit

Terminators meraih mata pertama menerusi Adiyna Anuar-Ong Xin Yee yang menundukkan Carmen Ting-Oo Shan Zi 12-15, 15-7, 15-10 namun Ong Ken Yon-Low Yeen Yuan  mengikat kedudukan untuk Dominators selepas menundukkan Jimmy Wong-Cheng Su Yin dalam aksi tiga set 12-15, 15-12, 15-14.

Gandingan Ferdinan Ramno-Lok Hong Quan meletakkan Junior Dominators didepan 2-1 selepas menang ke atas Kang Khai Xing-Muhammad Faiq 15-11, 13-15, 15-8

Ong Zhen Yi yang juga kapten Junior Terminators gagal utuk mengikat kedudukan selepas tewas mengejut kepada Adam Shaz 15-11, 13-15, 10-15.

Namun Siti Nurshuhaini Azman merapatkan jurang 2-3 untuk Terminators selepas mengatasi Tan Zhing Yi 15-4, 7-15, 15-8 namun Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean kembali melebarkan kedudukan untuk Junior Dominators 4-2 selepas menundukkan Jimmy Wong-Muhammad Haikal 11-15, 15-12, 15-14.

Cheng Su Yin-Lee Xin Jie dan Ong Xin Yee dan Muhammad Faiq  masing masing menghadiahkan satu mata untuk Junior Terminators mendahului 5-4 selepas menang ke atas lawan masing masing.

Adiyna Anuar menambah satu lagi mata untuk Terminators sekaligus mendahului 6-4 selepas menundukkan Yeap Phoi Lin 15-12 15-5.

Namun kapten Junior Dominators, Ong Ken Yon enggan mengalah apabila menyumbang mata pasukannya selepas Muhd Fazriq Mohd Razif 15-12, 11-15, 15-7.

Ferdinan Ramno menjadi penyelamat Juior Dominators apabila menundukkan Kee Is Qian 15-13, 11-15, 15-11 sekaligus mengikat kedudukan 6 sama memaksa pemenang ditentukan dalam perlawanan penentuan acara bergu lelaki selepas undian dilakukan melibatkan kedua dua kapten.

Gandingan Muhammad Haikal-Muhammad Fazriq memastikan Junior Terminators meraih kemenangan 7-6 selepas membenam pasangan Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean 11-6, 8-11, 11-2.

“Untuk perlawanan penentuan, saya bertanya kepada Haikal kerana dia penolong kapten, dia yakin untuk beraksi dalam acara bergu lelaki dan memilih Muhd Fazriq sebagai bergu.

“Walaupun saya tewas dan gagal menyumbangata untuk pasukan, mereka tidak patah hati tetapi sebaliknya semangat kerjasama adalah begitu baik kerana rakan rakan terus memberi kata kata semangat kepada kami,”kata Ong Zhen Yi.

Hari kedua esok, Junior Terminators akan menentang Junior Transformers manakala Junior Avengers turun berdepan Junior Dominators

 

Keputusan Perlawanan

Junior Avengers – Junior Transformers 5-7

XD  Beh Chun Meng – Go Pei Kee vs Wan Muhammad Arif-Valeree Siow (5-15 12-15) 0-1
WD2 Chan Wen Tse-Noraqilah Maisarah vs Lim Yi Wei-Ng Wen Xi (15-14 15-11) 1-0
MD2 Chee Hong Wei-Muhd Amzar vs Aaron Tai-Low Han Chen (11-15 7-15) 0-1
MS2 Eogene Ewe Eon – Chua Kim Sheng (8-15 15-9 15-9) 1-0
WS1 Myisha Mohd Khairul – Khor Jing Wen (14-15 12-15) 0-1
MS1 Jacky Kok – Justin Hoh (10-15 15-8 6-15) 0-1
MS4 Jan Jireh Lee – Low Han Chen (14-15 15-7 15-10) 1-0
MS3 Yeow Chun Cher – Aaron Tai (11-15 8-15) 0-1
WS2 Chan Wen Tse – Tan Zhing Hui (15-6 8-15 15-14) 1-0
WD1 Cheng Su Hui-Go Pei Kee vs Khor Jing Wen-Valeree Siow (15-6 14-15 14-15) 0-1
MD1 Beh Chun Meng-Liew Xun vs Justin Hoh-Wan Muhammad Arif (11-15 11-15) 0-1
WS3 Siti Zulaikha – Lim Yi Wei (15-11 15-12) 1-0

 

Junior Terminators – Junior Dominators: 7-6

WD2 Adiyna Anuar-Ong Xin Yee vs Carmen Ting-Oo Shan Zi (12-15 15-7 15-10) 1-0
XD Jimmy Wong-Cheng Su Yin vs Ong Ken Yon-Low Yeen Yuan (15-12 12-15 14-15) 0-1
MD2 Kang Khai Xing-Muhammad Faiq vs Ferdinan Ramno-Lok Hong Quan (11-15 15-13 8-15) 0-1
MS2 Ong Zhen Yi – Adam Shaz (15-11 13-15 10-15) 0-1
WS1 Siti Nurshuhaini – Tan Zhing Yi (15-4 7-15 15-8) 1-0
MD1 Jimmy Wong-Muhammad Haikal vs  Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean (15-11 12-15 14-15) 0-1
WD1 Cheng Su Yin-Lee Xin Jie vs Carmen Ting-Low Yeen Yuan (15-8 15-8) 1-0
WS3 Ong Xin Yee – Oo Shan Zi (15-12 15-6) 1-0
MS4 Muhammad Faiq – Lok Hong Quan (15-13 15-13) 1-0
MS1 Muhammad Fazriq – Ong Ken Yon (12-15 15-11 7-15) 0-1
MS3 Kee Is Qian – Ferdinan Ramno (13-15 15-11 11-15) 0-1
WS2 Adiyna Anuar – Yeap Phoi Lin (15-12 15-5) 1-0
S Muhammad Haikal + Muhammad Fazriq – Goh Boon Zhe + Wong Vin Sean (11-6 8-11 11-2) 1-0

- Advertisement -