KBS MAM Kapcai Endurance

Kejohanan Kebangsaan Kapcai Endurance logoKementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini melahirkan rasa gembira dengan penganjuran edisi ketiga Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance, dimana telah mencatat sejarah dengan pengendalian perlumbaan pertama di Sabah tahun ini.

Kejohanan ini diharap akan terus berkembang untuk tahun-tahun yang akan datang, KBS berkata kejohanan berkenaan akan terus memikat bakat-bakat baru khususnya daripada peringkat akar umbi di samping terus dengan penyertaan mereka pada tahun ini dan tahun-tahun yang lepas.

Kapcai endurance 2013

“Secara keseluruhan, dengan lapan pusingan yang awal kami amat gembira dengan sokongan yang telah diberikan oleh para peminat sukan lumba motosikal pada kejohanan ini. Kejohanan ini juga berjaya memikat dan mencungkil bakat-bakat baru. Sememangnya, itu adalah tujuan kami dan pihak pengurusan yang terlibat ketika memperkenalkan kejohanan ini.

Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Encik Mohd Nor Md Said mengibarkan Jalur Gemilang sebelum perlumbaan bermula.
Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Encik Mohd Nor Md Said mengibarkan Jalur Gemilang sebelum perlumbaan bermula.

“Ia adalah untuk memberi peluang kepada para peminat untuk menonjolkan bakat-bakat mereka dalam sukan pemotoran dua roda ini,” kata Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Encik Mohd Nor Md Said pada majis pelepasan pelumba untuk Pusingan Akhir kejohanan berkenaan di SIC pada hari ini.

Mewakili Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin, En Mohd Nor berkata kejayaan  berkenaan mendapat sokongan padu daripada semua rakan-rakan kejohanan khususnya SIC, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), KTM Malaysia dan pelbagai agensi kerajaan Pusat dan Negeri.

Sebanyak 110 buah pasukan menyertai saingan pusingan akhir, yang mana akan menyaksikan mereka berlumba selama empat jam dengan bergilir-gilir melaksanakan tanggungjawab menunggang.

Dibahagikan kepada empat kategori, pasukan-pasukan bertanding mempunyai pilihan sama ada untuk menggunakan dua, tiga atau empat pelumba untuk pasukan masing-masing.

Selain Universiti Malaysia Sabah, saingan pusingan awal turut diadakan di Pekan, Pahang; Sintok, Kedah; Kampung Gajah, Perak; Ayer Keroh, Melaka, Speedway PLUS, Subang dan di Litar Go-Kart Sepang.

Dalam sesi kelayakan semalam, pasukan MK POSSUM, yang dipacu gandingan tiga penunggang – Shazalee Mohd Radzi, Abdul Muhaimin Roslan dan Muhammad Kanafi Kamaruddin, mencatat masa terpantas untuk menduduki petak pertama pada perlumbaan hari ini.

Menggunakan gaya perlumbaan ‘Le Mans’, para pelumba, yang diletakkan dalam satu barisan, perlu berlari meluru daripada tepi litar ke jentera masing-masing dan memulakan perlumbaan.

- Advertisement -