Selepas kejayaan penganjuran Kejohanan Berpasukan Campuran yang berlangsung pada 23 hingga 25 November lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merangka pertandingan yang sama kali ini melibatkan kem remaja kebangsaan.

Kejohanan secara tertutup itu akan berlangsung pada 16 hingga 18 Disember menggunakan format yang hampir sama seperti kejohanan berpasukan campuran penghujung November lalu.

Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Misbun Sidek melihat pertandingan seperti ini perlu dilakukan untuk anak didiknya untuk menentu ukur prestasi semasa selepas menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) sejak Julai lalu.

“Penilaian yang akan dibuat disini adalah apa yang telah mereka perolehi selepas menjalani latihan di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti latihan secara kuarantin dan di pertandingan inilah kita akan jadikan panduan untuk membuat penilaian kepada pemain pemain ini.

“Saya sudah puas hati dengan tahap displin dan keinginan yang ada dalam pemain pemain. Saya juga mahu lihat adakah pemain pemain mampu mengadaptasi dengan modul latihan yang kita terapkan,”kata Datuk Misbun.

13 acara dipertandingkan melibatkan perseorangan dan bergu bagi kategori lelaki serta wanita dan saingan bagi bergu campuran turut dipertandingkan melibatkan pemain pemain bawah 15 dan bawah 18 tahun.

Turut diselitkan dalam pertandingan ini adalah saingan tiga sepasukan dan kesemua pertandingan menggunakan format 15 mata.

“Tahap kecergasan mereka menunjukkan peningkatan yang sangat baik dimana ia akan meningkatkan keyakinan pemain. Selain itu saya mahu lihat daya tahan mereka dan teknikal serta cara penggunaan taktikal serta tekanan mental ketika berdepan situasi tidak menentu,”katanya lagi.

74 pemain ini dipecahkan kepada 4 kumpulan, Junior Terminators, Junior Avengers, Junior Transformers dan Junior Dominators.

BAM mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan simulasi secara tertutup selepas program kem Road To Tokyo (RTT) melibatkan pemain pemain senior yang menjalani latihan secara kuarantin dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Senarai pasukan dan pemain 

Junior Terminators 

Ong Zhen Yi (K)

Muhammad Fazriq

Dylan Ooi

Muhammad Faiq Haziq

Kang Khai Xing

Kee Is Qian

Owen Low

Siti Nurshuhaini Azman

Oh Jia Qi

Ong Xin Yee

Adiyna Anuar

Shaneesa Shahidi

Lai Ting Cen

Muhammad Haikal Nazri

Jimmy Wong

Bryan Jeremy

Cheng Su Yin

Lee Xin Jie

 

Junior Avengers 

Jacky Kok (K)

V Poopathi

Eogene Ewe

Jan Jireh Lee

Yeow Chun Cher

Lee Yen Wei

Chee Hong Wei

Muhd Amzar Akbar

Myisha Mohd Khairul

Lim Shin

Chan Wen Tse

Siti Zulaikha Azmi

Noraqilah Maisarah

Beh Chun Meng

Liew Xun

Faris Amrin

Cheng Su Hui

Go Pei Kee

 

Junior Transformers 

Justin Hoh (K)

Chua Kim Sheng

Anson Cheong

Hanz Haiqal

Low Han Chen

Aaron Tai

Kong Teck Joon

Lim Wei Hou

Khor Jing Wen

Joanne Ng

Lim Yi Wei

Chong Jie Yu

Tan Zhing Hui

Ng Wen Xi

Wan Arif Wan Junaidi

Choi Jian Sheng

Kok Jia Cheng

Valeree Siow

Odelia Wong

 

Junior Dominators 

Ong Ken Yon (K)

Chia Jeng Hon

Adam Shazlan

Rex Hooi Shao Herng

Ferdinan Ramno

Lok Hong Quan

V Tamilarasukumar

Ayu Fu Sheng

Tan Zhing Yi

Loh Zhi Wei

Carmen Ting

Oo Shan Zi

Yeap Phoi Lin

Christine Lam

Goh Boon Zhe

Wong Vin Sean

Ooi Yi Hern

Low Yeen Yuan

Wong Lily

- Advertisement -