
Buat julung kali, Kejohanan Bola Sepak Bawah-12 Tahun F&N Magnolia akan dianjurkan dari 13 hingga 16 Oktober ini di SMK USJ 23, Subang Jaya, dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kejohanan empat hari yang menghimpunkan juara-juara sekolah daripada pertandingan Majlis Sukan Daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan sepanjang tahun lalu itu akan menampilkan 16 pasukan kesemuanya.
F&N Magnolia – Susu Segar 100%, yang terkenal dengan keenakan rasa selain membekalkan nutrien penting seperti kalsium dan protein, tampil mengorak langkah baharu dalam memperkasa program pembangunan bola sepak yang dianjurkan oleh BSKK.
F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, menerusi jenama utamanya 100PLUS, telah sekian lama menyokong usaha Kementerian Pendidikan dengan menaja Liga KPM sejak ia mula diperkenalkan pada 2008.
“Kejayaan Liga KPM mendorong kami untuk meluaskan lagi penglibatan dalam pembangunan bola sepak remaja ke peringkat Bawah-12 Tahun pula. Kami sedar lebih banyak kejohanan berkualiti diperlukan, justru, dengan kerjasama BSKK, kami menganjurkan kejohanan baharu ini,” kata Norazrin Norsyam Yee, Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri, Fraser & Neave Holdings Bhd.
“F&N Magnolia, Susu Segar 100%, adalah rakan paling sesuai bagi kejohanan baru ini. Kami percaya susu segar ini merupakan pilihan terbaik untuk kanak-kanak kerana kaya dengan vitamin, kalsium dan protein penting untuk pertumbuhan serta kesihatan menyeluruh mereka,” kata beliau pada majlis pelancaran kejohanan di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, Pengarah BSKK, Encik Ithnin Mahadi turut menyatakan rasa gembira dengan penganjuran kejohanan ini.
“Kerjasama antara Kementerian dan F&N telah lama terjalin. Ia bukti komitmen berterusan mereka dalam pembangunan bola sepak Malaysia dari peringkat akar umbi. Pihak swasta sememangnya mempunyai peranan penting dalam membangunkan sukan, dan kami menghargai sokongan jangka panjang F&N Beverages Marketing Sdn Bhd,” kata beliau.
Kejohanan Bola Sepak Bawah-12 Tahun F&N Magnolia 2025 menyaksikan 16 pasukan dari Lembah Klang bersaing buat pertama kali. Pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada empat kumpulan dalam format pertandingan sembilan-sebelah. Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
Tuan rumah, Selangor, akan diwakili oleh 10 pasukan, manakala Kuala Lumpur dengan empat pasukan dan Putrajaya dengan dua pasukan. Semua pasukan yang bertanding merupakan juara Majlis Sukan Daerah masing-masing, kecuali Putrajaya yang diwakili johan dan naib johan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan, Putrajaya.
“Kami yakin kejohanan ini akan mendapat sambutan hebat dalam kalangan pemain muda dan akan diteruskan pada tahun hadapan. Jika berjaya, tidak mustahil kejohanan ini akan diperluas lagi selepas tahun 2026,” kata Norazrin.
Norazrin turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) atas komitmen serta sokongan berterusan dalam mempromosi dan memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi serta peringkat sekolah di negara ini.
KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12-TAHUN F&N MAGNOLIA 2025
SENARAI PASUKAN
| BIL. | PPD | NAMA SEKOLAH (JOHAN PERINGKAT DAERAH) KATEGORI BAWAH 12 TAHUN | |
| 1 | WP PUTRAJAYA | JOHAN | SK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2) |
| 2 | NAIB JOHAN | SK PUTRAJAYA PRESINT 15 (1) | |
| 3 | WP PUTRAJAYA | BANGSAR | SK SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH |
| 4 | PUDU | SK COCHRANE | |
| 5 | KERAMAT | SK TAMAN MELATI | |
| 6 | SENTUL | SK BATU MUDA | |
| 7 | SELANGOR | PETALING UTAMA | SK DAMANSARA DAMAI (2) |
| 8 | PETALING PERDANA | SK SERDANG UPM | |
| 9 | HULU LANGAT | SK SEMENYIH | |
| 10 | KLANG | SK BUKIT NAGA | |
| 11 | GOMBAK | SK TAMAN TUN TEJA | |
| 12 | SEPANG | SK BANDAR BARU SALAK TINGGI | |
| 13 | HULU SELANGOR | SK ULU YAM BHARU | |
| 14 | KUALA SELANGOR | SK SERI PRISTANA | |
| 15 | KUALA LANGAT | SK KEBUN BAHARU | |
| 16 | SABAK BERNAM | SK BINJAI JAYA |































