sultan,ibrahim.3

Sejarah tercipta di Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor apabila turut menerima kunjungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan ahli keluarga diraja, Sabtu lepas.

Sultan Ibrahim yang ditemani oleh Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor dan Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong merupakan keluarga diraja pertama yang telah meluangkan masa hadir memeriahkan kejuaraan motosikal kebangsaan ini sejak ia mula dianjurkan pada tahun 1994. 

Bagi pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd dan penaja utama, PETRONAS, kunjungan keluarga diraja ini memberi makna amat besar kepada perlumbaan underbone tempatan yang telah menjadi landasan utama bagi mencungkil bakat muda negara sebelum diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Lebih membanggakan, Sultan Ibrahim sendiri menyaksikan pelumba satelit PETRONAS, Mohd Affendi Rosli, Ahmad Fazli Sham dan Abdul Muhaimin Roslan mendominasi kelas perdana CP130 manakala Kasma Daniel Kasmayudin memenangi perlumbaan CP115.

“Kunjungan Sultan Johor ke kejuaraan ini memberi makna besar dan pengiktirafan di dalam usaha kami untuk mencungkil bakat-bakat muda Malaysia dalam sukan permotoran dari peringkat akar umbi, selain turut menjadi landasan untuk pelumba dan pasukan mengembangkan kemahiran dan bakat mereka sebelum ke peringkat lebih tinggi,” jelas Rizan Ismail, Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Jenama, Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS.

Antara pelumba-pelumba tempatan yang dikembangkan bakat mereka melalui Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS termasuklah dua pelumba Program Pembangunan Bakat PETRONAS, Hafizh Syahrin Abdullah yang kini beraksi di dalam Kejuaraan Motosikal Dunia FIM dalam kategori Moto2 dan juga Ramdan Rosli yang kini beraksi dalam saingan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Eropah FIM CEV Repsol. Dua lagi pelumba Moto2 negara yang turut memulakan karier perlumbaan profesional mereka di Cub Prix ialah Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Zaqhwan Zaidi.

Selain itu, PETRONAS yang membekalkan minyak rasmi kejuaraan, PETRONAS Primax 95 turut mempunyai 14 pelumba di dalam pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ, PETRONAS Yamaha Maju Motor dan PETRONAS Yamaha Team yang bersama-sama bersaing memburu gelaran pada musim ini.

Perlumbaan di Dataran Tanjung Emas, Muar menyaksikan buat kali pertama acara perlumbaan dan aktiviti promosi melibatkan pelbagai jenama barangan yang bersesuaian untuk semua golongan telah berlangsung dengan berlatarbelakangkan sungai dan jarak berhampiran dengan Istana Tanjung.

Seramai 129 pelumba mengambil bahagian melibatkan 26 pasukan keseluruhan dalam enam kategori perlumbaan termasuk CP130, CP115, Wira (Perlumbaan khusus untuk pelumba berusia 13 hingga 17 tahun) dan kategori persendirian, Pro-Am Cup.

Photo Caption 1T8W0495 (From Left)

Md Azhan Shafriman, Manager, Brand Management, Group Strategic Communications PETRONAS, 

Pn Anita Azrina Abdul Aziz, General Manager, Pengerang Integrated Complex, 

Abdul Muhaimin Roslan, PETRONAS Yamaha Maju Motor

Rizan Ismail General Manager, Brand Management Department, Group Strategic Communications, PETRONAS, 

Pn Juniwati Rahmat Hussin, VP & Venture Director, Pengerang Integrated Complex, 

Ahmad Fazli Sham, PETRONAS Yamaha Maju Motor

Ibrahimnuddin M Yunus, MD & CEO PETRONAS Dagangan Bhd, 

Affendi Rosli, PETRONAS Yamaha CKJ

En Zubair Abd Razak, CEO, Lubricants Dagangan Sdn Bhd

 

PETRONAS CUB PRIX MADE MEMORABLE BY ROYAL PRESENCE

History was made in Round 3 of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix, which took place in Dataran Tanjung Emas with the presence of Johor’s Sultan Ibrahim Sultan Iskandar and members of the royal family on Saturday.

The Sultan, who was accompanied by Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor and Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong is the first state ruler to grace the local motorcycle racing championship event since it began in 1994.

For the organizer, Safe Aim Mutual and title sponsor, PETRONAS, the royal visit marked an important milestone for the underbone motorcycle championship, which serves as a stepping stone for young Malaysian talents before making it in international racing circuits.

Better yet, it was a race that saw PETRONAS supported riders, Mohd Affendi Rosli, Ahmad Fazli Sham and Abdul Muhaimin Roslan dominate the CP130 class while Kasma Daniel Kasmayudin won the intermediate CP115.

“The Sultan’s visit is indeed an honour and recognition of our efforts in developing young motorsports talents at the grassroots, as well as in grooming those with the best potential to progress internationally,” said Rizan Ismail, General Manager, Brand Management Department, Group Strategic Communications, PETRONAS.

Among Malaysian riders who were discovered through the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix include PETRONAS Talent Development Programme’s Hafizh Syahrin Abdullah, who now competes in the FIM World MotoGP Championship (Moto2) and Ramdan Rosli who is racing in the FIM CEV Repsol European Championhip (Moto2 Category). Other Moto2 contenders that began their racing careers through the Cub Prix Championship are Azlan Shah and Zakhwan Zaidi.

PETRONAS, provider of PETRONAS Primax  95, the official fuel for the championship, has 14 riders with Team PETRONAS Yamaha-CKJ, PETRONAS Yamaha Maju Motor and PETRONAS Yamaha Team battling for the top spots in the various categories this season.

The event, a festive affair filled with motorcycle-themed attractions for members of the public was held for the first time at the riverside venue, just minutes away from Istana Tanjung.

It saw 129 riders from 26 teams compete in six racing categories including the CP130, CP115, Wira (riders aged 13-17 years old) and Pro Am (privateer) categories.

Photo Caption 1T8W0495 (From Left)

Md Azhan Shafriman, Manager, Brand Management, Group Strategic Communications PETRONAS, 

Pn Anita Azrina Abdul Aziz, General Manager, Pengerang Integrated Complex, 

Abdul Muhaimin Roslan, PETRONAS Yamaha Maju Motor

Rizan Ismail General Manager, Brand Management Department, Group Strategic Communications, PETRONAS, 

Pn Juniwati Rahmat Hussin, VP & Venture Director, Pengerang Integrated Complex, 

Ahmad Fazli Sham, PETRONAS Yamaha Maju Motor

Ibrahimnuddin M Yunus, MD & CEO PETRONAS Dagangan Bhd, 

Affendi Rosli, PETRONAS Yamaha CKJ

En Zubair Abd Razak, CEO, Lubricants Dagangan Sdn Bhd

- Advertisement -