Kelantan Warriors menyimpan hasrat mahu melakar kejutan ke atas Penang Black Panthers dalam aksi separuh akhir Sepaktakraw League (STL) Champions Cup di Dewan Majlis Perbandaran Serdang Jaya pada Sabtu ini seterusnya menempah tiket beraksi di final kejohanan edisi sulung itu. Ā 

Jurulatih Kelantan Warriors, Baharil Anuar berkata keyakinan cukup tinggi di kem pasukan itu untuk meneruskan kemaraan biarpun menyedari reputasi Penang Black Panthers selaku juara STL Premier. Ā Ā Ā 

ā€œTidak salah untuk kita yakin, tetapi saya ingatkan pemain jangan terlalu yakin. Kita juga akan turun tanpa tekanan kerana kita sedar Black Panthers sebuah pasukan kuat, kita sangat menghormati mereka, sudah tentunya mereka dianggap pilihan manakala kami turun sebagai ā€˜underdogā€™.

ā€œLagipun kita tewas dalam dua aksi bertemu mereka sebelum ini dalam liga. Tetapi bila dah sampai peringkat separuh akhir, ia adalah satu situasi berbeza. Pasukan yang tak kuat pun jadi kuat, tahap kedua-dua pasukan adalah seimbang, macam-macam boleh terjadi kerana semua pemain bermotivasi tinggi.

ā€œJadi, saya lihat peluang itu ada. Saya tidak kata kita akan menang, tetapi kita akan bermain untuk menang dan beri tentangan sebaik mungkin, kita akan cuba,ā€ ujar Baharil yang menyifatkan kekuatan Black Panthers adalah pada tekong kebangsaan, Syahir Rosdi.

Untuk rekod, Kelantan Warriors mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B di belakang kelab Thailand Manang City Voyagers manakala Black Panthers pula layak selaku juara Kumpulan A setelah memenangi ketiga-tiga perlawanan tanpa mencicirkan sebarang set.

Jurulatih pasukan dari utara itu, Helmi Ismail berkata, ā€œKita sudah juarai liga, sekarang kita mahu teruskan rentak ini di Champions Cup. Tapi sudah pasti ia bukan mudah, kerana Kelantan Warriors bukan calang-calang pasukan. Kemenangan di peringkat liga tidak boleh dijadikan ukuran kerana seperti saya selalu kata, prestasi pada hari perlawanan itu akan menjadi penentu.

ā€œSaya harap pemain-pemain tidak hilang fokus, terus menunjukkan disiplin yang baik dan kekalkan momentum kemenangan agar dapat mencipta sejarah layak ke final dan seterusnya cuba muncul sebagai juara sulung kejohanan ini. Apa sahaja kelemahan akan kami cuba perbaiki dalam tempoh masa yang tinggal.ā€

Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan Perak Bison dan Manang City Voyagers. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -