Football Association of Malaysia (FAM) Logo - 230x250KENYATAAN RASMI TIMBALAN PRESIDEN FAM, DATO’ SRI HAJI AFANDI BIN HAMZAH MENGENAI INSIDEN PADA PERLAWANAN ANTARA MALAYSIA DAN ARAB SAUDI

 

FAM sedang bekerjasama dengan pihak OCPD Shah Alam dan Pesuruhjaya Perlawanan yang telahpun menyerahkan laporannya kepada pihak FIFA mengenai perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia lawan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, awal pagi tadi.

FAM akan menunggu keputusan FIFA berhubung perkara ini dan akan mengumumkan keputusan berkenaan sewajarnya.

FAM memandang serius terhadap isu keselamatan stadium terutamanya mengenai isu keselamatan kesemua pihak termasuklah penonton, pemain dan pegawai yang berada di stadium.

 

DATO’ SRI HAJI AFANDI BIN HAMZAH

TIMBALAN PRESIDEN FAM

9 SEPTEMBER 2015

- Advertisement -