Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe melihat ketiadaan tonggak utama Vietnam, Nguyen Quang Hai bukan satu kelebihan besar buat pasukannya ketika aksi penting diantara Malaysia dan Vietnam pada Jumaat.

Sebaliknya, Cheng Hoe yakin PArk Hang Seo punya percaturan tersendiri untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Quang Hai ketika menentang Harimau Malaya nanti.

Apa yang penting, Cheng Hoe mahu pemain pemain negara kekal fokus terutama memanfaatkan peluang terhidang didepan kubu Vietnam kerana berdasarkan rekod pertemuan, Malaysia mampu untuk mencipta banyak peluang namun gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.

“Memang setiap jurulatih ingin mencapai sesuatu apabila bertemu pasukan Vietnam yang dikatakan mempunyai pertahanan terbaik dalam kumpulan, akhirnya yang penting kalau kita ada keyakinan dan kepercayaan kepada setiap individu diturunkan, kita boleh dapat keputusan positif,” kata Cheng Hoe ketika sidang media secara atas talian semalam.

Tambahnya lagi, perlawanan pada Jumaat diharap menjadi satu titik positif untuk Malaysia meraih keputusan positif selepas gagal meraih sebarang kemenangan ke atas Vietnam.

Di atas kertas, skuad kendalian Cheng Hoe memerlukan kemenangan ke atas Vietnam untuk mencerahkan peluang berada di kelompok dua teratas sekaligus memburu slot ke peringkat seterusnya dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

 

- Advertisement -