Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sah menandatangani penjaga gol Kelantan, Mohd Ramadhan Ab Hamid untuk menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Pemain berusia 24 tahun ini pernah beraksi dalam pasukan Harimau Muda B bersama sama Syazwan Tajudin, Hanif Dzahir dan Mohd Akram.

Ramadhan telah membuat 11 penampilan pada 2016, manakala aksi sulung musim 2017, beliau diturunkan ketika Kelantan berdepan Perak pada 1 Mac yang menyaksikan Kelantan menang 4-2.

Beliau sekali sekala terus diberi kepercayaan untuk mengemudi gawang Kelantan dalam saingan Liga Super termasuk aksi Piala Malaysia kerana perlu bersaing dengan penjaga gol utama ketika itu, Khairul Fahmi Che Mat.

2018 tampak suram buat Ramadhan apabila masih gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Kelantan.

Ramadhan akan menjadi penjaga gol ketiga pasukan Kedah.

- Advertisement -