IMG_7458

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memeterai perjanjian kerjasama bersama Astro Arena untuk membawa saingan liga domestik dan pertandingan antarabangsa ke jumlah penonton televisyen yang lebih besar.

Menerusi perjanjian ini, KHM telah melantik Astro Arena sebagai penyiar dan pengedar rasmi bagi acara hoki di bawah seliaan KHM. Selain itu, Astro Arena juga akan menjadi penaja bersama bagi semua pasukan hoki kebangsaan Malaysia.

Presiden KHM, Dato’ SriSubahan Kamal, menandatangani perjanjian bagi pihak badan induk kebangsaan itu manakala En. Lee Choong Khay, Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Sukan ASTRO, mewakili kumpulan penyiaran sukan terkemuka Malaysia itu.

Majlis disaksikan oleh Presiden Kehormat KHM, Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah, yang juga merupakan Presiden Persekutuan Hoki Asia, ahli lembaga eksekutif KHM dan para tetamu kehormat lain.

Astro Arena, menerusi perjanjian ini,mensasarkan untuk melabur kira-kira RM60 juta bagi tempoh lapan tahun bermula 2015 ke 2023. Pelaburan tersebut merangkumi bayaran penajaan dan penyiaran, serta kos produksi dan pemasaran. .

Melalui perjanjian kerjasama ini, Astro akan mempunyai akses terhadap hampir semua perlawanan hoki di Malaysia, termasuk semua pemain dan pegawai.

Ini membenarkan Astro untuk menyiarkan lebih banyak perlawanan hoki dan liputan yang lebih baik buat penonton di Malaysia dan seluruh rantau ini.

Salah satu objektif utama perjanjian ini adalah untuk meningkatkan jumlah waktu produksi agar penonton disajikan dengan liputan yang lebih luas dan lebih baik terhadap liga dan pertandingan hoki, yang mana antaranya termasuk TNBMHL, PialaTun Abdul Razak, Liga Remaja Kebangsaan, Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Sultan Johor.

Saingan TNBMHL 2015 dan PialaRemaja Asi a Lelaki Ke-8 yang berlangsung baru-baru ini di Kuantan, Pahang, serta aksi separuh akhir dan akhir Piala  Razak 2015 disiarkan secara langsung di Astro.

Sebagai pulangan, KHM akan mempunyai akses terhadap semua platform Astro untuk mempromosi dan memasarkan sukan berkenaan. Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk menjana keuntungan dari sukan hoki menerusi penajaan.

Subahan, berkata: “Tahun 2015 menandakan satu episod penting untuk KHM di dalam perjalanan kita menuju pembangunan sukan ini di peringkat kejohanan domestik dan antarabangsa yang diadakan di Malaysia, membawa hoki kepada jumlah penonton yang lebih besar.

“Sejak Jun, KHM telahpun berusaha mewujudkan pelbagai saluran untuk menambah baik sukan hoki Malaysia. KHM melancarkan Blue Print empat tahun yang turut melibatkan Memorandum Persefahaman dengan Hoki Australia bagi membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,kerjasama kita dengan  TNB dan kini dengan Astro Arena,” katanya.

Bagaimanapun, Subahan menambah bahawa kebanyakan tugasan yang telah dilengkapkan oleh KHM di dalam menetapkan hala tuju baru bagi pasukan kebangsaan dan liga domestik tidak akan sama sekali menjadi kenyataan jika tidak kerana dedikasi dan usaha gigih oleh Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Presiden Kehormat KHM. Sokongan padu beliau amatlah dihargai.

Lee berkata, “Astro Arena telah mengunggulisukan Malaysia sejak pelancarannya pada 2010. Kerjasama bersama badan sukan kebangsaan telah menyaksikan peningkatan yang begitu mendadak terhadap tontonan dan populariti banyak sukan tempatan termasuk bolasepak, sepaktakraw, badminton dan banyak lagi.”

“Hoki mempunyai tradisi yang cukup hebat di Malaysia sejak sebelum kemerdekaan lagi dan ia sememangnya berhak untuk mendapat lebih banyak penonton.Sebagai rakan penyiar KHM, Astro Arena komited untuk meningkatkan pengeluaran kandungan hoki tempatan, menggunakan teknologi pengeluaran terbaik seperti gambar berdefinisi tinggi dan ultra-gerakan yang akan memberikan pengalaman tontonan perlawanan hoki lain dari yang lain kepada peminat”, kata Lee.

Dia menambah bahawaAstro Arena tidak hanya melihat diri mereka sebagai rakan penyiar dan penaja, tetapi juga sebagai rakan KHM untukmemperkasakan pelan pembangunan yang akan meningkatkan kualiti permainan dan mewujudkan kumpulan bakat hoki tempatan yang lebih besar di Malaysia.

 

MHC & ASTRO ARENA FORM PARTNERSHIP TO SPUR DEVELOPMENT IN MALAYSIAN HOCKEY

The Malaysian Hockey Confederation (MHC) entered into a partnership agreement with Astro Arena today to bring domestic leagues and international tournaments to a wider pool of television viewers.

Under the agreement, MHC has appointed Astro Arena as its broadcast and distribution rights partner for MHC hockey events. Furthermore, Astro Arena will also be the co-sponsor of all Malaysian National Hockey teams.

MHC President, Dato’ SriSubahan Kamal, signed the agreement on behalf of the national governing body while Mr. Lee ChoongKhay, Vice-President, Sports Business Content Group, ASTRO, represented Malaysia’s leading content and consumer group.

The event was witnessed by MHC Honorary President, HRH Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah, who is also the President of Asian Hockey Federation, MHC executive board members and distinguished guests.

Astro Arena, under the agreement, targets to invest approximately RM60 million over a period of eight years from 2015 to 2023. The investment covers the broadcast and sponsorship fees, as well as production and marketing costs.

Through this partnership agreement, Astro will have access to almost every hockey match in Malaysia, including all the players and officials. This allows Astro to bring more hockey matches and better coverage to Malaysians and viewers in the region.

One of the main objectives of this partnership is to increase the number of production hours so that viewers will get wider and better coverage of the local hockey leagues and tournaments, among which include the TNBMHL, Tun Abdul Razak Cup, National Junior League, Sultan Azlan Shah Trophy and Sultan of Johor Cup.

The 2015 TNBMHL, recent 8th Men’s Junior Asia Cup in Kuantan, Pahang, semi-finals and final of the 2015 Razak Cupwere aired LIVE on Astro.

In return, MHC will have access to the entire Astro platform to promote and market the sport. Both parties will also work together to monetise the sport in terms of sponsorships.

Subahan, said: “The year 2015 marks an important chapter for MHC in our journey towards the development of the game in domestic and international tournaments held in Malaysia, bringing hockey to a wider television audience.

 “Since June, MHC has embarked in creating several new avenues and channels for the betterment of Malaysian hockey. MHC unveiled a four-year Blue Print that includes a Memorandum of Understanding with Hockey Australia aimed at Malaysia’s qualification for the 2020 Tokyo Olympics, our collaboration with TNB and now with Astro Arena,” he said.

However, Subahan added that much of the work completed by MHC in setting a new direction for the national teams and domestic leagues is owed mainly to the dedication and untiring efforts of HRH Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah, the Honorary President of MHC. His solid support is greatly appreciated. 

Lee said, “Astro Arena has been championing Malaysian sports since the launch of the channel in 2010. Partnerships with national sports bodies have seen a tremendous rise in viewership and popularity of many local sports including football, sepaktakraw, badminton and very many more.”

 “Hockey has a long tradition in Malaysia dating back to pre-independence days and truly deserves a larger audience. As the broadcast partner of MHC, Astro Arena is committed to increase the production of  local hockey content utilising best-in-class production technologies such as High Definition pictures and ultra-motion that will transform the viewing experiences of hockey matches for fans”, said Lee.

He added that Astro Arena sees itself as more than just a broadcast partner and sponsor, but as MHC’s partner to spur development plans that will improve the quality of play and create a larger pool of local talent for hockey in Malaysia.

- Advertisement -