SUKAN SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 dijangka berlangsung meriah dengan hampir 9,000 atlet dan pegawai mengesahkan penyertaan pada temasya yang bermula 19 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar mengesahkan telah menerima 8,777 penyertaan daripada semua negara ASEAN yang akan bertanding.

Surat jemputan telah pun dihantar kepada 10 negara peserta pada November lepas sebelum penyertaan ditutup pada 23 Disember lepas.

“Berdasarkan penyertaan mengikut bilangan, sebanyak 8,777 penyertaan diterima dengan hanya Malaysia, Thailand dan Singapura sah mengambil bahagian dalam semua sukan,” kata Tunku Imran selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Sukan SEA 2017 pada Selasa (24 Jan 2017) di Sekretariat MASOC.

Malaysia pula, kata Tunku Imran, menyertai kesemua kesemua acara dan disiplin yang dipertandingkan.

Jumlah tersebut bagaimanapun dijangka berkurangan apabila senarai akhir penyertaan mengikut negara dimuktamadkan pada Mei ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC Kuala Lumpur 2017, Datuk Seri Zolkples Embong dan Ketua Pegawai Operasi MASOC En Shaiful Subhan dan Setiausaha Agung MOM Datuk Low Beng Choo. 

Sukan SEA ke-29 bakal berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos ini dengan mempertandingkan 38 sukan dan 405 acara kesemuanya.

Dalam pada itu, jadual lengkap pertandingan dan acara Sukan SEA 2017 nanti telah dimuktamadkan.  

Mengenai acara ujian, Datuk Seri Zolkpkes memaklumkan pihaknya masih belum menerima permintaan daripada negara peserta untuk mengadakan pertandingan percubaan sebelum temasya bermula. 

“Setakat ini belum ada…lawatan rasmi akan berlangsung pada mesyuarat Chef de Mission Sukan SEA yang dijadualkan pada 18 dan 19 Februari ini. Mereka pasti akan membawa pegawai dan wakil-wakil sukan untuk meninjau dan memeriksa venue,” kata Datuk Seri Zolkples.

Tiga sukan akan bermula awal pada 15 Ogos termasuk Polo Air, Bolasepak, dan Bola Jaring manakala hari terakhir pertandingan pada 31 Ogos akan menyaksikan tiga acara Terjun, Ski Ais dan Angkat Berat berlangsung sebelum upacara perasmian penutup pada sebelah malam.

 

KL 2017 ATTRACTS MORE THAN 8,000 PARTICIPANTS

THE 29th SEA Games Kuala Lumpur 2017 is expected to be an exciting affair as more than 8,000 athletes and officials have confirmed participation in the biennial Games.

Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017 Deputy Chairman Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar said a total of 8,777 athletes and officials have confirmed their entries in the Games slated from 19-31 August.

Invitations have been sent out to all participating countries since last November while the closing deadline was on 23 December 2016.

“According to entry by numbers, we recorded a total of 8,777 entries with only three countries Malaysia, Thailand and Singapore confirming their participation in all 38 sports,” said Tunku Imran after chairing the SEA Games Coordination meeting at the Games Secretariat, Tuesday (24 Jan 2017).

The numbers, however, are expected to reduce once the final entry is finalised in May.

Malaysia, said Tunku Imran, will participate in all 38 sports and 405 events at the Games.

Also present at the press conference were MASOC Secretariat Chief Executive Officer Dato’ Seri Zolkples Embong, Chief Operating Officer En Shaiful Subhan and OCM Secretary General Datuk Low Beng Choo. 

Meanwhile, the SEA Games competition schedule and disciplines had been finalized.

Pre-Games or test events, however, have yet to be finalised as MASOC has yet to receive any requests from participating countries.

“There’s nothing concrete yet…we will only know during the Chef de Mission meeting scheduled from 18 to 19 February. There will be venue visits for the head of contingent during the meeting,” said Dato Seri Zolkples.

Water Polo, Football and Netball competition will start off early on Aug 15 while diving, ice-skating and weightlifting competition will end just before the official closing ceremony on Aug 31.

- Advertisement -