THE Kuala Lumpur 2017 fever is spreading fast in schools around the country as Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017 steps up efforts to hype up the upcoming 29th SEA Games and 9th ASEAN Para Games 2017.

As part of its initiatives to drum up public support for the 2017 Games, MASOC has activated the KL2017@ Schools Programme.

Youth and Sports Minister YB Brig. Gen. Khairy Jamaluddin said the KL2017@Schools programme, which started off at Sekolah Kebangsaan Toh Tan Dewa Sakti Batang Padang in Perak on March 2, will end on May 20 in Terengganu.

“The main aim is to instill awareness and spread the spirit of Rising Together, promote the Games using its RIMAU mascot as well as the Games official merchandise and products.

“Once the students are aware of the Games and the participating athletes, we want them to come out, show their support and join the excitement of the Games,” YB Brig Gen Khairy said after officiating the KL2017@School at Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) in Putrajaya on Friday (17 March).

The KL2017@Schools programme also put emphasis on the importance of preserving the environment through its Green Initiatives.

“This includes spreading the awareness on recycling and understanding environmental issues. We hope to achieve our objectives of making the KL2017 a truly Green Games,” said YB Brig Gen Khairy.

SMK Presint 8 (1) is among 33 schools selected to participate in the KL2017@Schools programme, held concurrently with the schools’ Sports Day.

Various interactive activities organised in conjunction of the programme include Super Sepak, Cycle Power Challenge, Mini Golf, Field Sports Challenge and Basketball Shoot.

YB Brig Gen Khairy also encouraged teachers and parents to be part of the Games by registering themselves as volunteers. Some 13,000 volunteers are expected to render their services in various fields during Games time.

KL2017@Sekolah hangatkan kemeriahan, pupuk semangat cintakan alam sekitar

DEMAM Kuala Lumpur 2017 semakin dirasakan di sekolah-sekolah menerusi inisiatif program KL2017@Sekolah yang bertujuan meningkatkan kesedaran menjelang bermulanya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN pada Ogos dan September ini.

Ia merupakan antara inisiatif utama Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 bagi menambah kemeriahan temasya dwi tahunan itu.

Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin berkata program KL2017@ Sekolah itu telah bermula sejak 2 Mac lepas di Sekolah Kebangsaan Toh Tan Dewa Sakti di Batang Padang, Perak.  Program yang yang turut dikenali sebagai Sukan SEA Mini itu akan menjelajah ke seluruh negara dan dijadualkan berakhir pada 20 Mei depan di Terengganu. 

“Tujuan utama program ialah bagi memupuk pemahaman, mempromosi Sukan SEA, maskot RIMAU serta menyemarak semangat “Bangkit Bersama”. Kita bawa RIMAU, produk-produk, barangan rasmi KL2017 ke sekolah untuk timbulkan kesedaran dan bangkitkan semangat menyokong.

“Bila mereka sedar mengenai Sukan SEA, bila tahu atlet negara bertanding demi harumkan nama negara, kita mahu mereka turut sama rasai kehangatannya,” kata YB Brig Jen Khairy selepas merasmikan program KL2017@Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) di Putrajaya pada Jumaat (17 Mac).  

Selain sebagai promosi temasya, usaha itu juga bagi mendidik para pelajar perihal kepentingan pemeliharaaan alam sekitar selain menjadikan KL2017 sebagai temasya yang mesra alam.

Ini dilakukan menerusi kempen kitar semula, pengurangan sampah, kempen asingkan sampah dan pembuangan sampah secara betul selain menjimatkan penggunaaan eletrik dan air bagi menjadikan KL 2017 sebagai temasya sukan hijau.

SMK Presint 8 (1) adalah satu daripada 33 sekolah di seluruh Malaysia yang dipilih menjayakan program KL2017@Sekolah melalui penganjuran hari sukan sekolah tahunan mereka.

Aktiviti interaktif lain yang diadakan termasuk Super Sepak (tewaskan penjaga gol), Cycle Power Challenge (kerjasama berkumpulan), Mini Golf (permainan golf mini), Field Sports Challenge (permainan trek) dan Basketball Shoot (balingan bola keranjang).

YB Brig Jen Khairy juga menggalakkan guru dan ibu bapa menyemarakkan sokongan dengan mendaftar sebagai sukarelawan temasya.

KL2017 akan menggunakan khidmat 13,000 sukarelawan sepanjang berlangsungnya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

- Advertisement -