SUKAN SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 menjanjikan liputan penyiaran terbaik dalam sejarah penganjuran temasya dwi tahunan itu, sekaligus memberi pengalaman sukan terbaik pada penonton dan peminat sukan di Asia Tenggara.

Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 sedang berusaha memastikan liputan dan siaran terbaik dapat dihasilkan sepanjang berlangsungnya Sukan SEA nanti.  

“Setakat ini, saya sangat gembira dengan segala perancangan. Kita mahu pastikan pengalaman terbaik dalam sejarah dari semua aspek, termasuklah kepada penyiar.  

“Kita mahu para penyiar terbabit berpuas hati dengan penyediaan dan pengendalian pusat media, pusat penyiaran, tempat liputan dan membantu mendapatkan rakaman dari pelbagai sudut, variasi sudut…paling penting dengan bajet yang kita ada.

“Barangkali tak setaraf Olimpik, tapi kita akan pastikan semua keperluan mereka dari segi fasiliti dan perkhidmatan dapat dipenuhi.  Ini penting untuk membolehkan penyiar memberikan pengalaman terbaik Sukan SEA kepada penduduk and penonton di rantau ini,” katanya YB Brig Jen Khairy, yang juga merupakan Pengerusi MASOC.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas hadir pada mesyuarat bersama 15 buah syarikat penyiar dari tujuh buah negara Asia Tenggara termasuk penyedia perkhidmatan penyiar antarabangsa dari Switzerland pada Selasa (28 Mac 2017) di Petaling Jaya.

“Ini kali kedua mesyuarat penyiaran serantau ini diadakan, kita harap dapat kemaskan pelbagai aspek liputan, soal teknikal dan kaedah terbaik liputan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN  dan pelbagai aspek teknikal lain,” kata beliau.

YB Brig Jen Khairy mengesahkan sebanyak 24 sukan akan disiarkan secara langsung pada Sukan SEA nanti. Jumlah tersebut meliputi 60 peratus daripada 38 sukan  yang dipertandingkan dan merupakan jumlah terbesar dalam sejarah Sukan Sea yang disiarkan secara langsung.

Termasuk dalam senarai 24 sukan tersebut ialah Olahraga, Akuatik (Terjun, Renang, Renang Berirama, Polo Air), Bolasepak, Berbasikal Trek, Boling, Billiard dan Snuker, Ragbi, Angkat Berat, Ping Pong, Gimnastik (Artistik, Berirama), Luncur Ais, Tinju, Muay, Karate, Taekwondo, Pencak Silat, Wushu, Bola Keranjang, Badminton, Bola Jaring, Sepak Takraw, Skuash, Memanah dan Hoki.

KL2017 promises extensive live coverage of Games

MALAYSIA Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017 aims to deliver the best sporting experience for viewers in the region by providing extensive live telecast of the 29th SEA Games in August.

Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin said, MASOC and the Games Host Broadcasters are in the midst of working out concrete production plans with at least 24 sports being lined-up for live coverage during the two-week sporting extravaganza.

“I’m delighted with the the broadcast preparation so far…we are determined to give viewers and audience the best sporting experience during the Games period,” he said. 

MASOC will ensure that all brodcasters are given the best possible working environment before and during Games time, and this include the handling of the media and broadcast centres, coverage locations, good camera positions and angles.

“It may not be the same as the Olympics, but we will work to ensure that all their needs and requirement are met to ensure good results and outcome,” said YB Brig Gen Khairy.

YB Brig Gen Khairy was speaking to the media after officiating the 2nd Kuala Lumpur 2017 Host Broadcasters Meeting on Tuesday (28 March) in Petaling Jaya.

Some 15 private and public broadcasters from the region as well as broadcast service provider Host Broadcasting Service (HBS) of Switzerland attended the two-day meeting. The meeting is organised by MASOC in collaboration with the 2017 Games Host Broadcaster, a consortium made up of RTM, Media Prima and Astro.

A total of 24 sports or 60 percent of the total number of sports contested in the Games will be covered live, the biggest in the history of the Games in terms of live telecast.

Sports to be covered live include Athletics, Aquatics (Diving, Synchronised Swimming, Swimming and Water Polo), Football, Track Cycling, Tenpin Bowling, Billiard and Snooker, Rugby, Weighlifting, Table Tennis, Gymnastics (Artistic and Rhythmic), Ice Skating, Boxing, Muay, Karate-do, Taekwondo, Silat, Wushu, Basketball, Badminton, Netball, Sepak Takraw, Squash, Archery and Hockey.

- Advertisement -