Pengendali baru Barcelona, Ronald Koeman akan mengadakan pertemuan dengan bintang The Catalan, Lionel Messi untuk terus kekal di kelab itu.

Maklumat terperinci tentang perbincangan yang akan diadakan tidak didedahkan Koeman namun beliau menyatakan mahu mendengar sendiri harapan dan permintaan daripada Lionel Messi sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

Pengendali berusia 57 tahun itu menggantikan Quique Setién selepas prestasi buruk The Catalan termasuk dimalukan 2-8 ke atas Bayern Munich dalam saingan Liga Juara Juara Eropah Jumaat lalu.

Koeman nyata mahu melihat Messi berada dibawah bimbingannya dan bukan dengan kelab lain, namun segalanya bergantung kepada keinginan kapten pasukan kelahiran Argenita itu.

Beliau yang pernah bermain untuk Barcelona pada 1989 hingga 1995  juga kecewa dengan kekalahan The Catalan kepada Bayern Munich kerana sebagai peminat kelab itu juga, ia bukanlah keputusan yang diharapkan.

 

 

- Advertisement -